CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1684|Reply: 0

[Pahang] Hattem pelumba drag maut ketika beraksi di Litar Speedway

[Copy link]
Post time 5-9-2023 12:48 PM | Show all posts |Read mode

MANGSA meninggal dunia di HTAA selepas kira-kira 15 jam bertarung nyawa.

PEKAN – Seorang pelumba drag maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan ketika beraksi di Litar Speedway Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini kelmarin.

Mangsa Muhammad Hattem Rashdi,22, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam selepas kira-kira 15 jam bertarung nyawa akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pekan, Mohd Zaidi Mat Zin berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa bersama 49 peserta lain mengikuti program latihan perlumbaan yang dianjurkan MUSC Motorsport bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Komuniti Dragster di litar berkenaan.

“Apabila sampai gilirannya, mangsa telah hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan sebelum dibawa menerima rawatan lanjut di HTAA Kuantan.

“Pada pukul 3.45 petang semalam pihak polis menerima makluman mangsa disahkan meninggal dunia,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Zaidi kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan berdasarkan siasatan awal program latihan berkenaan mendapar kelulusan permit dari Majlis Perbandaran Pekan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh. -KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -di-litar-speedway/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 1.336845 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list