CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2620|Reply: 5

Mila Jirin Tak Beli Atas Talian Tapi Ada Parcel Sampai, Risau Taktik Baru Scammer

[Copy link]
Post time 4-9-2023 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Mila Jirin yang juga seorang usahawan berkongsi kebimbangannya menjadi manga scammer apabila menerima 'parcel' walaupun tidak membuat sebarang pembelian atas talian.


Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, barang tersebut dihantar di rumah berserta dengan maklumat peribadinya.


Kata Mila, dia tidak membuat sebarang pembelian menggunakan servis 'cash on delivery' (COD).






"Tak tahu benda ini lama ke baru tapi saya tertanya-tanya adakah saya kena scam? Saya balik rumah dan terima satu parcel yang diletakkan di bilik pejabat rumah saya.


"Apabila saya naik ke pejabat, saya terkejut melihat parcel itu sebab saya tak beli apa-apa. Saya tengok dekat parcel ada nama saya, maklumat semua betul dan pembelian secara COD.


"Saya tak suka beli barang COD sebab nanti mengganggu orang lain nak kena bayar dulu. Bila saya buka parcel, lagi sekali saya fikir apa yang saya beli," katanya.


Kata Mila lagi, dia bimbang untuk menghubungi nombor telefon penjual yang disertakan
kerana berkemungkinan scammer.


Dalam parcel tersebut ada pewangi fabrik botol kecil namun wanita itu sama sekali tidak pernah membeli produk tersebut.


"Saya gunakan nama berbeza-beza di setiap akaun laman sesawang pembelian. Saya tahu nama itu saya gunakan di TikTok sahaja.


"Saya periksa TikTok tapi tak ada beli apa-apa. Adakah ini scam terbaharu? Orang nak jual barang terus COD ke rumah, orang yang tak tahu terus bayar.


"Jadi, kita pun terbelilah dalam keadaan tak sedar, tanpa paksaan. Ada number penjual tu tapi saya nak hubungi jadi takut... takut scammer," katanya.


Dalam pada itu, Mila turut meningatkan pengikutnya di laman sosial yang gemar membeli barangan secara atas talian agar lebih berhati-hati.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 09:42 AM | Show all posts
mmg la scammer and bukan taktik terbaru pon...
rasanya dari tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia: mmg la scammer and bukan takti ...
so apa yg dorg buat kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah apa susah. Xpayah byr, dan buang ke tong sampah. Klu hg xda ode apa2, xperlu la byr. Islam xpaksa pun utk hg beli benda tu.. better jgn cek lgsg benda dlm tu apa. Bahaya, mcm2 boleh jdi. Trus buang je ke tong sampah. Why bother la susah2 nk call ke seller. Buang masa. Konsep aku sng je. Bukan brg aku, aku xode, femili pun xde gtau tu adiah dri dorg ke apa... mmg x la aku nk byr. Brg tu pun aku x ambik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasanah ke? Barang COD siapa yg bayar? Kalau staf yg bayar bodohlah staf ko main bayar je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 08:20 AM | Show all posts
benda ni dh lama...dh ramai terkena...COD ni pun bnyk keburukan...contohnya anak2 aku beli brg...semua COD...x psl2 brg sampai aku kena byr...mmg btl2 ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.075340 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list