CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3441|Reply: 23

Dah Tua, Faizal Tahir Enggan Lagi Rakam Lagu Cintan-Cintun

[Copy link]
Post time 3-9-2023 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Seiring dengan peningkatan usia, penyanyi Faizal Tahir enggan lagi mencipta dan menyanyikan lagu-lagu berunsurkan percintaan kerana merasakan tidak lagi sesuai mendendangkan karya sedikian.


Faizal atau nama lengkapnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, ketika ditemui HibGlam malam tadi berkata, sebagai bapa kepada tujuh orang cahaya mata, dia merasakan tidak lagi sesuai menyanyikan lagu-lagu ‘jiwang’ yang mengisahkan percintaan sesama manusia.






“Ketika saya keluar dengan lagu Mahakarya cinta (single pertama), usia saya 28 tahun dan diikuti dengan lagu-lagu lain bercorak percintaan dan jiwang.


“Sekarang usia saya sudah pun mencecah 45 tahun. Saya rasa tidak sesuai lagi untuk menyanyikan lagu sebegitu. Isteri saya pun mungkin tidak suka kalau saya nyanyikan lagu-lagu percintaan.


“Sebagai anak seni, saya rasa semua penyanyi akan melalui satu fasa dalam berkarya dan membuat keputusan termasuk lagu-lagu yang akan dikeluarkan nanti,” ujarnya.


Tambah Faizal, selain memikirkan tentang faktor usia, keluarganya juga menjadi penyebab utama dia tidak mahu lagi bermain dengan karya berunsurkan percintaan.


Kata bekas pemenang tempat kedua pertandingan realiti, One In A Million musim pertama itu, dia mahu karya yang relevan dan menjadi contoh terbaik untuk anak-anaknya menerusi lagu yang akan disampaikan.


“Kalau dahulu saya memikirkan tentang kepuasan diri saya dan peminat. Tapi sekarang saya memikirkan tentang anak-anak yang semakin membesar.


“Saya mahu apa yang saya lakukan relevan untuk mereka. Saya ada anak-anak yang perlu dijaga. Saya tidak ada masa 100 peratus dengan anak-anak. Jadi saya harus keluarkan produk atau lagu yang ada kaitan dengan mereka.


“Sebab itu lagu-lagu saya sekarang bersifat lebih ringan, sanyai dan ada unsur nasihat. Sebab saya harus berikan contoh yang baik untuk anak-anak,” jelasnya.




Sumber: HibGlam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..serius la mahakarya cinta tu time 28 thn dan skang dj 45 thn...lama dh rupenye umur lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 11:09 PM | Show all posts
iols ingatkan 6 org... ropernye 7 anak heols yach...
dasatnyee...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tora216 at 3-9-2023 11:16 PM
adeqbun replied at 3-9-2023 10:05 PM
Wow..serius la mahakarya cinta tu time 28 thn dan skang dj 45 thn...lama dh rupenye umur lagu tu


17 tahun dah umur lagu tu, dah boleh ambik spm dah
Tapi tetap la jua lagu favourite iollss
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara penyanyi lelaki fav aku,, pejal tahir,, 2nd alif satar hihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 12:09 AM | Show all posts
MeowPARSI replied at 3-9-2023 11:41 PM
Suara penyanyi lelaki fav aku,, pejal tahir,, 2nd alif satar hihi

ironinya dua2 runners up....Malaysian Idols...
SUKI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2023 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Thn ni lgu dia la kn yg femes santai2 tu, rasanya xde lgu lain dh yg letop thn ni? Semkin sedih music msia skg
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah dia nak jaga hati isteri jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahakarya cinta, sayang, bencinta. FT mmg top2 meletop. Skrg sedikit kepam. But donch care
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ft ni ada skandal tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Busuk kelihatan. Groom la sikit
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 09:33 AM | Show all posts
selekeh...better pencen terus
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 09:40 AM | Show all posts
OK la nih.. BTW, lagu "Negaraku" dan "Malaysia" hanya sesuai diperdengarkan/dikumandangkan masa musim Hari Raya Puasa/Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas tetapi tidak pada waktu Malaysia beraya pada 31 Ogos dan 16 September..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:25 AM | Show all posts
Kata haritu beriya album last album last, nak duduk belakang tabir.... alih2 masih jugak keluar lagu ala-ala cik pung.. kalau nak jadi role model anak-anak kena lah jaga imej bersih, kemas, walaupun rockers kekonon self-claimed rockstar kan katanya... Datuk M.Nasir pun relaks je masih menyanyi genre cinta, cinta yang lebih luas maksudnya...bukan cinta romen2 je.. boleh je nok... ni tiap taun mention nak slow down lah nak benti lah.. ada jugakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:30 AM | Show all posts
lagu dia dulu2 je best. sekarang dgr sekali dua je boleh la.
bagi aku tak salah ko buat lagu cinta2 walau da tua. tapi pilih la lirik cinta kepada tuhan secara puitis ke, melodi bagi sedap. macam lagu rock kapak dulu2. sampai sekarang pun orang dengar lagi. lirik banyak kepada cinta pada tuhan kalau didalami la
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:31 AM | Show all posts
syidasaleh replied at 4-9-2023 12:43 AM
Mahakarya cinta, sayang, bencinta. FT mmg top2 meletop. Skrg sedikit kepam. But donch care

terlebih kepam wehhhhh
iols suka je dgn lagu2 dia dan ada la berangan nk pegi konsert yg lepas
bila kwn2 bgtau starting harga kayangan... terus kansel dan bebel hahahaaa
iols mmg suka pegi konsert tp tetap jgk tgk pd harga tix, takde la nk melabur lebih drpd 300++ utk satu konsert sahaja walaupun konsert tu adalah konsert retis kesukaan ketat iols..

mujo dh pegi konsert bulan bintang haritu, dpt la jgk melayan dan tgk FT perform
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
She-Ra replied at 4-9-2023 10:31 AM
terlebih kepam wehhhhh
iols suka je dgn lagu2 dia dan ada la berangan nk pegi konsert yg lepas
b ...

Sama laaa. Layan spotify je la. Harga cekik darah chuolss
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:11 AM | Show all posts
syidasaleh replied at 5-9-2023 12:11 AM
Sama laaa. Layan spotify je la. Harga cekik darah chuolss

starting pun dh 300++ kan ke lebih dr tu? mmg tidak laaaaa
beli tiket flight pegi indon pun silap2 lepas pegi balik hahahhaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 4-9-2023 12:53 AM
Ft ni ada skandal tak?

Yg kes scammer Maya darina tu dia trlibat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 porem kenal dia time lagu mahakarya kah? Apesal iols kenal dia time Mirwana? Iols belum kertu lagi... Hahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060096 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list