CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1896|Reply: 0

[Kelantan] Bapa resah Muhammad Darwish Syahmi hilang tanpa khabar sejak kelmarin

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Norhazri menunjukkan gambar Muhammad Darwish Syahmi yang hilang tanpa khabar berita semasa bekerja di warungnya di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh kelmarin. - Foto oleh TOREK SULONG / KOSMO!

PASIR PUTEH – Seorang peniaga warung makanan di Pantai Bisikan Bayu di sini tidak lena tidur apabila resah memikirkan keadaan anak lelakinya yang dikhuatiri hilang ketika menjaga warung miliknya sejak kelmarin.

Norhazri Muhammad Nor, 42, berkata anaknya, Muhammad Darwish Syahmi, 18, dipercayai hilang kira-kira pukul 9 malam pada Jumaat lalu.

Menurutnya, sebelum gagal dihubungi, anaknya ada pulang ke rumah buat seketika untuk mandi sebelum kembali ke tempat kerjanya untuk meneruskan tugasan menjaga warung di pantai berkenaan.

“Saya menyedari Muhammad Darwish Syahmi hilang sejak petang semalam. Bimbang terhadap keselamatannya, saya membuat laporan polis di Balai Polis Cherang Ruku pada pukul 4.10 petang semalam selepas usaha mengesannya gagal.

“Saya telah bertemu rakan-rakannya dan bertanya kepada semua waris terdekat, namun masih memberi petunjuk positif,” katanya ketika ditemui di Pantai Bisikan Bayu, di sini hari ini.


Muhammad Darwish Syahmi.

Norhazri memberitahu, Muhammad Darwish Syahmi kali terakhir dilihat memakai baju-t dan seluar pendek berwarna hitam.

Katanya, tiada barangan lain yang dibawa anak lelakinya kecuali telefon pintar.

“Kami cuba menghubunginya dengan membuat panggilan dan teks pesanan, namun tiada jawapan.

“Saya ada membuat pengesanan kedudukan telefon pintar Muhammad Darwish Syahmi hari ini dan mendapati peranti itu berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Norhazri berkata, anaknya tidak menunjukkan kelakuan pelik dan tidak pernah berjalan jauh tanpa pengetahuan keluarga.

Katanya, orang ramai yang tahu lokasi Muhammad Darwish Syahmi diminta untuk menghubunginya di talian 011-1066 2769 atau menyerahkan anak lelakinya itu ke balai polis yang berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Suoerintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... bar-sejak-kelmarin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.252683 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list