CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1345|Reply: 0

[Perlis] KPDN siasat kes peniaga letak syarat jual gula pasir

[Copy link]
Post time 2-9-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Padang Besar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyiasat secara terperinci berkaitan aduan pengguna bahawa terdapat premis perniagaan menjual gula pasir secara bersyarat.

Ketua Setiausaha KPDN Datuk Azman Mohd Yusof berkata, setakat ini pihaknya menerima aduan di Perlis, Kelantan dan Perak.

"Kita (KPDN) tidak akan berdiam dalam perkara ini dan peniaga yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Beliau kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Perlis dan Karnival Hero Pengguna Peringkat Perlis di Arked Wang Kelian di sini, hari ini.

Azman berkata, pihaknya akan mengumumkan hasil siasatan itu selepas ini.

Media baru-baru ini melaporkan KPDN Perak menyerbu sebuah premis perniagaan di Batu Gajah pada 25 Ogos lalu kerana menjual gula pasir secara bersyarat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rat-jual-gula-pasir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.246538 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list