View: 2076|Reply: 4
|
Selebriti dunia akui bedah muka demi kecantikan
[Copy link]
|
|
Selebriti dunia akui bedah muka demi kecantikan
TYRA, Kary Perry dan Kim menjadi antara selebriti dunia yang tidak malu mengakui melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik.
PEMBEDAHAN plastik bukan sesuatu yang asing dan tabu dalam dunia hiburan. Bahkan hari ini ramai selebriti berani mengakui melakukan perubahan tubuh dan wajah demi kelihatan lebih cantik.
Namun, rata-rata mereka hanya mendedahkan pembedahan yang melibatkan perubahan ketara terutama pada bahagian wajah.
Ada yang kelihatan bertambah menawan, namun ada juga selebriti yang menyesal melakukan pembedahan plastik yang mengubah bentuk asal wajah mereka.
Keluarga Kardashian
BUKAN lagi satu rahsia. Boleh dikatakan keseluruhan ahli keluarga Kardashian menjalani pembedahan plastik. Kim bagaimanapun hanya mengaku melakukan rawatan botox untuk menghilangkan kedutan dan mencantikkan bahagian dahi, termasuk menaikkan bentuk keningnya.
Sementara Khloe yang disangka ramai melakukan pembedahan plastik pada keseluruhan wajah, sebaliknya mengaku hanya melakukan rawatan filler wajah dan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
“Saya telah buang keseluruhan filler wajah kerana rasa sungguh tidak selesa. Saya takut untuk melakukannya lagi,” kata Khloe.
Seorang lagi adik Kim iaitu Kylie, 25, menyesali tindakan melakukan pembedahan plastik pada payudaranya ketika berusia 19 tahun.
“Saya berharap saya tidak langsung melakukannya. Fikirlah banyak kali sebelum membuat keputusan melakukan pembedahan tersebut,” jelas Kylie.
Katy Perry
PENYANYI yang popular dengan lagu Teenage Dream, Katy Perry tidak malu mengakui melakukan rawatan laser dan juga filler untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.
“Saya melakukan rawatan laser dan suntikan filler untuk hilangkan masalah lingkaran hitam di bawah mata. Rawatan ini sangat bagus dan saya sangat galakkan untuk orang ramai melakukannya.
“Tetapi aset tubuh saya yang lain semuanya adalah asli. Orang ramai selalu fikir bahawa semuanya palsu, tetapi itu tidak benar sama sekali,” ujar Katy Perry.
Bella Hadid
SEORANG lagi supermodel dunia, Bella Hadid mengaku melakukan pembedahan hidung ketika berusia 14 tahun.
Meskipun wajahnya kelihatan sempurna, tetapi Bella mengakui menyesal melakukan pembedahan mencantikkan struktur hidungnya.
“Saya berharap saya dapat kekalkan hidung yang melambangkan asal usul saya. Itu sahaja pembedahan kecantikan yang saya lakukan seumur hidup,” kata Bella.
Tyra Banks
SUPERMODEL dan personaliti televisyen terkenal, Tyra Banks membuat pendedahan terbuka tentang keputusannya melakukan pembedahan kecantikan pada bahagian hidung pada 2018.
“Saya mengaku, rambut saya palsu dan hidung saya juga palsu! Saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu perkara yang sebenar,” tutur Tyra.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ka-demi-kecantikan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tyra tu kalau dia tak bagitau pon orang boleh nampak rambut dia tu pelesu. |
|
|
|
|
|
|
|
kim dulu panic menangis2 lebam buat botox kan. tobat katanya. tp buat balik. Selebriti ni satu saat akan tercabar utk buat muka , klo dh lahir lawa , nak nmpk muda pulak.
Pnh tgk bts filem "gone with the wind". filem jaman 30-an. Sorang main actor katanya buat PS utk nmpk muda , supaya sesuai dgn watak.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila berada dlm bidan industri hiburan... hampir semua selebriti mahu nampak cantik menarik walau terpaksa wat PS suma bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
We all know. Nothing new here. |
|
|
|
|
|
|
| |
|