CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1202|Reply: 0

[Perlis] Artifak kuno 'kalam semah' bukti wujud penempatan protosejarah di Perlis

[Copy link]
Post time 1-9-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Artifak kuno 'kalam semah' bukti wujud penempatan protosejarah di Perlis


September 1, 2023 @ 12:47pm



Kalam semah yang dijumpai di Gua Berhala dan Gua Kurung Batang adalah artifak kuno yang menyimpan 1,001 rahsia bukti fizikal wujud penempatan protosejarah di Perlis sekitar abad ke-9 Masihi. Foto Bernama



KANGAR: Penemuan kalam semah di Gua Berhala dan Gua Kurong Batang iaitu artifak kuno yang menyimpan 1,001 rahsia menjadi bukti fizikal kewujudan penempatan protosejarah di negeri ini sekitar abad ke-9 Masihi.

Pengarah Muzium Kota Kayang, Siti Munirah Kasim, berkata kalam semah berbentuk lonjong atau bulat tanah liat yang sudah dikeringkan atau dibakar dan dicap dengan imej agama Buddha.

"Kepingan kalam semah ditemui di Perlis mengandungi mantera agama Buddha yang ditemukan ahli arkeologi terkenal, Dr Alastair Lamb pada 1962 dan kandungan manteranya diterjemah pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nasha Rodziadi Khaw.

"Istimewanya kalam semah itu adalah satu-satunya kepingan yang masih dalam keadaan lengkap ditemui di negara ini berbanding kepingan kalam semah yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan di Gua Chawas, Kelantan," katanya di sini, hari ini.

Siti Munirah berkata, kalam semah menjadi antara artifak terawal yang disimpan di Muzium Kota Kayang sejak ia dibuka kepada orang ramai pada 2000.

Nasha pula berkata, kalam semah yang ditemui di Perlis tidak ditemui di tapak lain di Malaysia iaitu teks menggunakan aksara Nagari dan berbahasa Sanskrit mengandungi teks agama Buddha yang dikenali sebagai 'Bodhigarbhālaṅkāralakṣa Dharani'.

Katanya, teks itu berasal dari India yang turut ditemui di Pakistan, Afghanistan, Tibet (China) dan Pulau Jawa (Indonesia) mengandungi puji-pujian kepada sang Buddha serta 'Dewi Prajñāpāramitā'.

"Fungsi dan kegunaan kalam semah kepada penganut Buddha pada zaman kuno sebagai persembahan bagi meningkatkan dharma mereka. Penganut akan meminta bhiksu untuk menghasilkan kalam semah bagi pihak mereka dan menyimpannya dalam stupa atau gua," katanya.

Nasha berkata, dalam konteks perkembangan Kedah Tua, penemuan itu membuktikan ia serentak dengan perkembangan Lembah Bujang iaitu Perlis turut berfungsi sebagai satu daripada penempatan perdagangan dan persinggahan penganut serta mubaligh agama Buddha.

Beliau berkata, penemuan kalam semah juga menunjukkan Perlis memiliki sejarah yang amat panjang.

"Ketika Kedah Tua berkembang dengan pusat pelabuhannya di Lembah Bujang, masyarakat awal di Perlis turut memiliki hubungan dengan pedagang asing ketika itu. Hal ini secara tidak langsung turut membuktikan kepentingan Perlis dari segi ekonomi dan lokasi geostrategik pada abad ke-9 Masihi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Wan Badariah Wan Saad berharap artifak kuno kalam semah mampu dijadikan satu daripada tarikan pengunjung ke Muzium Kota Kayang sempena Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

"Artifak yang dijumpai di Perlis ini mempunyai keunikannya sendiri kerana ia menyimpan sejarah awal Perlis yang dipercayai menjadi penempatan zaman protosejarah," katanya.

Beliau berkata, masih ramai peminat artifak kuno belum mengetahui kewujudan kepingan kalam semah yang tersimpan di Muzium Kota Kayang sejak ia mula dibuka pada 2000.

"Saya difahamkan kalam semah adalah artifak kuno yang paling berharga dan berusia paling lama disimpan di sini," katanya.

Wan Badariah berharap lebih banyak kajian dilakukan bagi merungkai rahsia khazanah kalam semah di alam Melayu. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.362953 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list