CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8106|Reply: 71

Talha Harith Tak Jadi Kahwin, Tunang Dirampas Penyondol

[Copy link]
Post time 31-8-2023 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Impian pelakon Talha Harith ingin mendirikan rumah tangga dengan tunangnya tidak kesampaian apabila dia mendakwa wanita itu sudah bernikah dengan lelaki lain.


Kecewa dengan apa yang berlaku, Talha atau Talha Amir Harith, 34, berkata segala persiapan untuk hari bahagia itu sudah dibuat namun bekas tunangnya itu memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain.


Kata Talha lagi, sebelum ini dia pernah menegur lelaki yang dipercayai menjadi perosak hubungan mereka, namun teguran yang diberi tidak diendahkan.






"Hantaran dah beli, dewan dan tempah... hujung-hujung nikah dengan penyondol yang aku dah pernah sound.


"enyondol itu pula bila tunang orang dah tegur patutnya tone down sikit... ini tidak, wah berlagak ya sebab kita cakap elok-elok tak nak gaduh.


"Ajak jumpa tak nak, takut. Tak mengapa kifarah akan mengiringi mereka," katanya.


Talha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.


Dalam pada itu, Talha memberitahu ibu kepada bekas tunangnya juga terkejut apabila mendapat tahu anaknya memilih lelaki lain untuk dijadikan suami.


Malah wanita itu menangis selepas dimaklumkan oleh anaknya mengenai perkara itu.


  



"Mak dia (tunang) tanya 'kau nak nikah dengan siapa'? Dengan Talha ke... dia jawab taklah dengan (penyondol). Mak dia terus tergamam dan terdiam.


"Saya dapat rasakan seperti ada yang tidak kena... dua hari saya lakukan solat istikharah dan hari ketiga mak dia telefon menangis dan bercerita.


"atutlah mak dia ada cakap kalau Talha tak jadi kahwin dengan anak makcik, Talha sudi tak jadi anak angkat makcik," ujarnya.


Dalam pada itu, Talha memberitahu keluarga bekas tunangnya juga tidak gembira dengan keputusan wanita itu ingin berkahwin dengan lelaki berkenaan.


"Mak dia tak sampai hati nak terus lihat saya ditipu... katanya lagi maknya tidak gembira walaupun ramai sanak saudara hadir ke majlis pernikahan itu.


"Malah ramai saudara turut terkejut dan bertanya sama ada saya tahu atau tidak tentang pernikahan itu... entahlah mak dia ada kirim gambar, saya tengok dia happy saja.


"Dan paling saya tersentuh mak dia kata baju nikah itu sudah ditempah lama untuk saya pakai tetapi hari itu dia (tunang) pakai dengan penyondol," katanya.


Sementara itu, menjengah ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut bersimpati dengan perkara yang berlaku itu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyondol jugak ko nk salahkan...dah tunang ko yg garit dan x nk ko.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 01:41 PM | Show all posts
Tp yang kahwin ngn ex tunang die ni ade rupa ye.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertepuk sblh tangan tak kan berbunyi ye
Jgn salahkan laki tu je, ex ko tu pun sama
Sian ko kena game
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti sebab utama sbb ko tak berduit kannnnn. Konar sana sini. Cakap jer lah ko tuh mesekin
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nyer muka jentolak tu? Nengok kat ig photographer nyer semua pengantin rupa marhaen yachh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ex ko pun gelenyar..Sama naik daun dedua..gatal merenyam.. anyway takziah bro..dah xde jodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3chanceno at 31-8-2023 02:57 PM

Takziah & bertabahlah...oleh kerna meols tak kenal kamu,
meols speku,  mungkin ex pilih orang yg ada keje tetap atau gomen, dik...kalau anak orang kaya, lagik ex tu rasa berbaloi kawin dgn penyondol tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 31-8-2023 03:28 PM

Ok dah tgk yg kawen 26.8 tu ker kat masjid sendayan tu?
Sbb photog pun ada update igs dia terpaksa delete komen2 yg mengecam
Rupanya lelaki penyondol tu duda,talhah ckp cerai ngn bini dia bulan 12 lepas tu kembali ke kekasih lama.
Ex talhah ni kekasih lama lelaki tu rupanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 31-8-2023 02:43 PM
Mana nyer muka jentolak tu? Nengok kat ig photographer nyer semua pengantin rupa marhaen yachh...

Kat ig talhah pun dh ada update gambo2 depa
Pompuan tu bila pakai tudung time menikoh lain plak muka.
jarang tgk lelaki kecewa beria gini. Ingatkan dorang jenis takde perasaan tak kisah ditinggalkan sbb boleh cari ramai lagi pompuan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 03:35 PM | Show all posts
Heols banyak kucing
  

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala... Kesian la... Bila kena kat laki, tak ada sape backup... Bila kena kan perempuan, ramai2 mengutuk penyondol...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
[attachimg]2635125[/attachimg

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 31-8-2023 03:56 PM
Ala... Kesian la... Bila kena kat laki, tak ada sape backup... Bila kena kan perempuan, ramai2 mengu ...

kan????
mentang kene kat laki miskin la, keje x tetap la, mcm2 kene.
yg pasti penyondol mmg salah dah tau tunangan org gigih p kacau.
yg situnang pun double bodoh, kalau was2 patutnya takyah la tng lagi, menyusahkan org betul peel mcm ni.
org2 sejenis camni fikir perasaan dia je la kononnya org lain lantak la nak tunggang tebalik pun.
gitewwww emosi iols
btw, iols tak kenal talha ni pelakon zaman bila???
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan dia ni dah kawin.. baru tunang je rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 31-8-2023 03:21 PM
Kat ig talhah pun dh ada update gambo2 depa
Pompuan tu bila pakai tudung time menikoh lain plak mu ...

Pompuan tu mesti menyesal nnti sbb tggal kan Talha ni ... Lelaki kalau jenis meroyan mcm ni mmg seorang lelaki yg baik ..maksudnya Talha ni btul2 syg tunang dia tu .. tunang dia tggal kan Talha demi duda yg dia kapel dlu ...laki tu pun jenis kwen dgn pompuan2 yg kenal dlm applikasi ... X mustahil nnti depan2 pun dia akan hunter pompuan lain dlm applikasi jgak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
penyondol tunang dia tu dah pernah nikah kan sebelum ni ? tahun 2018
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian ko talha kena game dgn ex tunang dan ex kekasih dia. Memang kecewa sebab bukan salah ko. Mak pmpuan tu pun tegar ye tak jadi menantu nak jadikan anak angkat pula, baik korang move on buat hal sendiri je, sanggup pula ko gunakan talha ni sedangkan menantu tak jadi. Good luck to the lovebirds.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 31-8-2023 04:31 PM
Sian ko talha kena game dgn ex tunang dan ex kekasih dia. Memang kecewa sebab bukan salah ko. Mak pm ...

Ex kekasih tu maksud u yg FA airasia dulu tu ke?
Apa ek nama perempuan tu i lupa dah, dah kahwin jugak rasanya
Anyway, taste dia ni semua yg mekap tebal2
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
So Dewan yang ditempah dan fotografer tu Guna duit masa.dgn.talhah ke atau mmg duit pompuan tu?
Mmg frust la sebab dah.tunang elok2..tibe2 ada plak kacau daun.
Takyah Jadi Anak angkat pung talhah..
Kau buat urusan Kau sundiri Saja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070978 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list