CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 0

Pengertian Berganda Merdeka

[Copy link]
Post time 31-8-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini, diari hidup Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 42, berganda pengertiannya. Bukan setakat raih pencapaian terindah dalam seni, agenda hari kebangsaannya turut terisi.


Meski hebahan mengenainya tidak putus-putus, tapi ada yang menarik daripadanya jika berkongsi erti kemerdekaan.






"Sebenarnya ramai yang tak tahu saya lahir pada 30 Ogos sehari sebelum Hari Kebangsaan. Kalau ikutkan, ibu saya nak lahirkan anak merdeka.


"Tahun ini sangat menggembirakan kerana saya dipilih sebagai artis mewakili Jabatan Penerangan Malaysia untuk mengajak rakyat kita meraikan Hari Kebangsaan di Putrajaya," katanya.


Bagi Bell, besar tanggungjawabnya sebagai figura awam untuk menanam rasa patriotik dalam kalangan masyarakat. Dia sendiri sentiasa ingatkan diri mengenai sejarah pengorbanan demi melahirkan Malaysia gemilang.


Meskipun bergelar anak seni, dia merasakan tanggungjawab itu patut ada pada setiap rakyat negara ini. Tidak semestinya perlu berpengaruh untuk sama-sama laungkan rasa bangga terhadap negara.


  



"Saya tak pernah merasa diri berpengaruh dan masih sama sebagaimana sejak awal pembabitan dalam bidang seni dulu. Apapun, penting juga gunakan pengaruh yang ada untuk tanam sifat patriotik kepada pengikut.


"Dahulukan rasa cinta kepada negara dan sentiasalah hargai pengorbanan perajurit terdahulu yang berjuang demi sebuah kemerdekaan," katanya.


Bell juga sebenarnya sangat terharu dengan pemilihannya mewakili Jabatan Penerangan Malaysia untuk acara kemerdekaan besar-besaran tahun ini. Apalagi dia sebelum ini banyak membintangi naskhah patriotik.


"Saya sangat bersyukur dan harapnya semua rakyat Malaysia sama-sama menyambut hari penuh bermakna ini dengan penuh rasa bangga. Walaupun dicop muka komedi, saya bangga ada terbabit filem patriotik.


"Antaranya 1956: Hati Malaya dan Tanda Putera. Paling saya akan ingat ketika berlakon drama Merdeka Ajis Merdeka Ajit, sebuah naskhah yang sudah cukup lama tapi masih segar dalam ingatan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058780 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list