Sejak bergelar isteri, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 31, pernah menyatakan pendirian mengelakkan babak intim walaupun hanya berpegangan tangan.
Menurutnya yang kini berbadan dua, banyak cara lain boleh diguna pakai bagi menonjolkan adegan mesra selain bersyukur rakan gandingan memahami pendiriannya.
“Macam dalam drama ini saya berbincang dengan Fadlan serta rakan lain kalau ada adegan bersetuhan tukar kepada aksi lain kecuali babak terjatuh.
“Saya bersyukur sebab pengarah pun faham selain tak minta buat aksi lasak berikutan keadaan saya yang hamil lima bulan,” ulasnya lagi.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Sumber: HibGlam