CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1886|Reply: 3

Tak Kelakar! Azhan Rani Diuji Penyakit Akut Gunung Semasa Tawan Kinabalu

[Copy link]
Post time 30-8-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Azhan Rani berdepan cabaran berbeza semasa menakluk puncak Gunung Kinabalu kali keempat apabila pelbagai dugaan perlu ditempuh sepanjang perjalanan ke puncak.


Difahamkan, pelakon berusia 47 tahun itu turut diuji dengan penyakit gunung akut atau AMS buat kali pertama.








"Alhamdulillah ahli rombongan dan pasukan bimbingan yang tak putus asa tunda aku, akhirnya sampai juga. Macam mana cara nak sampai itu tak payah cerita, aib nanti," katanya menerusi hantaran di Instagram.


Dalam hantaran tersebut, Azhan turut berkongsi video yang diambil semasa berada dalam pengaruh AMS yang memaparkan dia kelihatan tidak berdaya dan lemah.


AMS adalah keadaan di mana penderitanya mengalami gejala ringan seperti sakit kepala dan loya selain pening, muntah, keletihan, kehilangan tenaga dan sesak nafas.


Menerusi hantaran lain, Azhan turut melahirkan penghargaan kepada rakan kumpulannya yang membantu serta memberi semangat untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak.


Kata Azhan, jika tidak kerana mereka dia mungkin mengambil keputusan berhenti mendaki ekoran masalah AMS dihadapinya.


Dalam pada itu, Azhan berkongsi dia juga terpaksa melelapkan mata di sebalik batu semasa dalam perjalanan turun bagi menstabilkan keadaannya yang lemah.


Namun, dia bersyukur AMS dialaminya itu bukan kronik dan di tahap ringan.




  



Bukan itu sahaja, Azhan juga memaklumkan cuaca kali ini juga memberi cabaran berlainan buat dirinya.


Azhan berkata cuaca yang terlalu sejuk membuatkan dia terpaksa menggunakan tiga lapis sarung tangan namun tetap terasa kesejukkan itu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 05:35 PM | Show all posts
ada percubaan kali kelima ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dapat jejak kaki ke sini tak lama lg.. Haha padahal bohey dulang pon aku dah semput. Masih simpan lg seringgit lama walaupon duit 100 ada gambar akinabalu ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 08:31 PM | Show all posts
aku tgk utuber mane entah...seram juga ye nak memanjat...
urm takpe la...aku yg tak fit nih mmg tak mampu agaknya nak mendaki...huuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.230286 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list