Tidak semena-mena nama Puteri Sarah pula dibandingkan dalam isu Abang Tesla.
Ia berikutan pendedahan dibuat pelakon itu yang mendakwa bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazweena masih bercakap buruk tentangnya di media sosial.
IG
Menurut sebuah komen ditinggalkan seorang individu pada hantaran Puteri Sarah mengenai kemelut rumah tangga mereka, dia seronok mendengar cerita bekas kakak ipar Ira Kazar berkenaan isu kesakitan dan keperitan hidup berpoligami.
Bagaimanapun, dia kemudian mempersoalkan pula bagaimana mereka sekeluarga mengatasi kes dialami Ira Kazar dan Puteri Sarah.
"Tapi bila kes adik ipar sendiri macam mana family mereka atasi? Pengarah terkenal (Syamsul) tersebut ada hormat Sarah sampai kahwin dekat Siam?
“Then how can Sarah redha padahal adik iparnya provoke Sarah walhal belum jadi madu dan isteri kepada pengarah tersebut. Air mata? Pernah tak whole families fikir air mata Sarah di mana bila dapat tahu your sister in law kahwin dengan pengarah tersebut secara diam,” tulisnya.
Justeru, individu berkenaan menyatakan bahawa tindakan Abang Tesla jauh lebih baik berbanding Syamsul dalam bab poligami.
"engarah tersebut kahwin di Siam tapi Tesla kahwin atas keizinan isteri," ujarnya.
Individu berkenaan turut menasihati Sarah supaya menyekat seluruh keluarga tersebut di media sosial dan terus fokus kepada diri sendiri dan anak-anak serta mengabaikan segala komen toksik daripada pihak mereka.
IG
Namun, Sarah membalas komen itu menyatakan, dia nekad mengambil tindakan undang-undang. - CARI