View: 1533|Reply: 1
|
Seluar Iggy Azalea Koyak Atas Pentas, Pihak Berkuasa Riyadh Arah Persembahan Ditamatkan Serta-Merta
[Copy link]
|
|
Penyanyi rap Iggy Azalea terpaksa menamatkan persembahannya serta merta ketika tampil di sebuah konsert di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini susulan seluar yang dipakai koyak ketika berada di atas pentas.
Iggy atau Amethyst Amelia Kelly, 33, bagaimanapun meminta peminat tidak menyalahkan pihak penganjur susulan persembahannya dibatalkan.
Sebaliknya kata Iggy, dia dimaklumkan arahan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
"Saya mohon maaf kerana tidak dapat menghabiskan persembahan. Ia bukan salah penganjur dan tolong jangan marah mereka.
"Mereka sangat baik dan mahu meneruskan acara namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa gara-gara seluar saya terkoyak," katanya.
Iggy menulis perkara itu menerusi laman X (Twitter) miliknya bagi menjelaskan situasi sebenar selepas penganjur menerima pelbagai kecaman.
Dalam pada itu, Iggy berkata, dia cuba menukar pakaian namun tindakannya lantang bersuara di atas pentas turut dikatakan menjadi punca pihak berkuasa membatalkan persembahannya.
Pada acara tersebut, seluar dengan fabrik getah yang dipakai oleh Iggy terkoyak hingga menampak bahagaian pahanya.
Sedar dengan kejadian itu, dia kemudian duduk sambil meminta bantuan orang yang berada di belakang pentas untuk membawakan kain bagi penutup bahagian terbuka.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
emmm... x test durability dulu ke sblm konsert.. klau rs nk dancing2 yg extra tu ptt test dlu wardrobe ok ke x. hayoo |
|
|
|
|
|
|
| |
|