View: 18660|Reply: 74
|
Isteri Caprice Minta Wanita Jangan Tempah Tiket Ke Neraka
[Copy link]
|
|
Tindakan isteri Caprice bersuara mengenai isu poligami pempengaruh media sosial iaitu Abang Tesla mendapat pujian ramai.
Farra Inalis atau lebih mesra dengan sapaan Elis berpendapat wanita yang tidak mahu berpoligami berhak membuat pilihan dalam hidup mereka seperti mana suami mereka memilih untuk berkahwin lain.
Foto: IG
Tambah Elis, seorang suami juga harus menghormati keputusan isteri yang tidak sanggup hidup bermadu.
"Apa-apa pun dalam hidup ini bergantung kepada pilihan... Dia (suami) ada pilihan untuk berkahwin (lain), kita sebagai isteri juga ada hak nak pilih suami kita.
"Nak bersama atau chaw (pergi). Allah itu adil, kita nak bersama atau pergi itu adalah takdir hidup kita yang kita pilih.
"Jadi, jika lelaki memilih untuk berkahwin ramai, akan ada perempuan yang mahu bersama ataupun yang mahu pergi. Tidak salah untuk dua-dua itu.
"Hanya perlu hormat keputusan dan pendirian masing-masing," katanya ketika muncul dalam siri podcast di saluran YouTube Caprice Original Films yang mengundang Abang Tesla dan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari sebagai tetamu bagi membincangkan isu poligami.
Selain pasangan itu, siaran podcast itu turut mengundang tetamu jemputan iaitu Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dan personaliti media sosial, Apex Sayur.
Ia dikendalikan oleh Caprice dan Shasha.
Dalam pada itu, Elis turut menitipkan pesanan buat wanita yang tidak mampu menanggung ujian berpoligami agar mengundurkan diri lebih awal berbanding meneruskan perkahwinan yang dibina.
"erempuan yang boleh terima Alhamdulillah, bagus untuk awak. Pesanan untuk perempuan yang tak boleh terima suami berkahwin empat.
"Sebelum kita menempah tiket neraka awal-awal di dunia ini, pilih jalan awak. Jangan pilih tempat yang kita tak nak duduk," ujarnya.
Di ruangan komen, rata-rata menyokong pandangan Elis tentang isu poligami terutamanya bagi golongan wanita yang tidak dapat terima dimadukan.
Ada juga di antara mereka berseloroh tentang reaksi Caprice yang dilihat terdiam mendengar kata-kata dilontarkan isterinya.
"Nampak cuak Caprice ya. Elis ini memang dia mewakili kita semua rasa, kaw-kaw dia bagi!
"Aku dapat rasa Elis ini tengah tahan marah dengan Abang Tesla... kalau aku pun aku baran," antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak bernas kata2 bininya topinasi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menyampah dia ni..but she do have points...jgn nk acah2 redha xtentu hala .ko sndr tau mental ko, kemampuan ko...jgn esok lusa plak kuar berita, ko xmampu...buang masa jer dekkjj |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu cakap elis. Unlike sesetengah ustazah atau wanita terpaling yang kononnya cakap pasal sabar, redha bab poligami tapi bila suami sendiri nak berpoligami dia awal2 lagi dah baling periuk kat suami tu |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dia ni.
Kenapa ye undang2 kat msia byk menyusah kan isteri. Samdol kahwin IK senang jer mahkamah kasi lepas. PS nak cerai kemain susah betul. It should be easy for first wife to leave just as easy as husband to marry another. Baru lah Islam itu adil. |
|
|
|
|
|
|
|
But wife abg tesla pun mcm tu je
bolh nmpk 2 side of women
elis ni nmpk dia independent
bini abg tesla jenis submissive
iols yg x independent sgt pun x leh masuk dengn wife abg tesla terlaumpau naifff |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xnmpk abg tesla bodoh tp aku nmpk 1st wife dia bodoh, biar maruah dipijak2 oleh suami. Stakat skrg mgkin dia cuba betahan, tp dia ada kata xtau kedepan nnt mcm mana. Silap2 tgok suami dok main dgn anak dri 2nd wife dia pun dh xtahan, chow.. abg tesla tu mmg xbodoh pun. Dia cuma normal, tp kurang ajar , dia letak maruah wanita kt kaki. Bini tu yg bodoh sbb boleh relaks dgr suami dok hina2 dia kt public. Elis wife cap ni mmg aku suka cara dia..dia bkn nk kjujuran dan kesetiaan sgt tp dia ajar kita utk stand for our right, jaga maruah kita sebgai isteri.bukan dia nk smpai kan yg dia heran dgn telor lh dia sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh dia ni bini Caprice ke.
Semalam vid ni lalu kat feed aku, igtkan DJ radio sebab petah bercakap |
|
|
|
|
|
|
|
Oh Apex sayur rupanya nama mamat sorang tu, selfish gila statement dia
Selamber dia merendah2kan usaha org yg buat ivf utk dpt anak.
Lebih baik kawen lain drpd bazirkan duit buat ivf, kawen lain membuka rezeki katanya
Ivf tu kan satu usaha, kalau kawen lain si suami je yg dapat anak, isteri pertama cuma dapat madu dan anak tiri.
mcm la kawen lain tu tak abis duit melainkan ko kawen kat siam nikah tepi peti ais. Takde hantaran bagai ye laa kot murah jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 28-8-2023 11:23 AM
Aku xnmpk abg tesla bodoh tp aku nmpk 1st wife dia bodoh, biar maruah dipijak2 oleh suami. Stakat sk ...
Kat TT ada 1 couple mcm ni. Fiena Nasir.
Laki dia kawin dgn Tik tokers yg famous gak.
Gigih Bini no 1, ambik hati Bini muda, lastly skrg dh cerai Bini no 1.
Kalo dh laki kawin lagi, dgn yg muda bergetah, cantik dari ko. Bawa diri je la. Lagi2 yg takde ank ni.
Bini Tesla ni mmg nampak lembam. Dia sdri tak respect diri dia, sebab tu la Tesla ambik kesempatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai gak iols nampak kecam bini topinasi ni, siap kata tak tutup aurat nak nasihat orang. BUT SHE MAKES ABSOLUTE SENSE! Itukan choice, kalau dah rasa takleh terima u can leave, bukan kena bodohkan dijadikan content. Dah la terang terang mamat tesla tu kata kalau xde anak kawin la lagi. Ko bolleh terima? Undermining IVF, underminign adoption. Kenapalah we make stupid people femes un iols tak paham |
|
|
|
|
|
|
|
Yer tu point elis sbnrya..dia suh kita respect diri kita, so that suami kita akn respect kita.zmn dulu boleh la jd bini yg lembam, zmn skrg kita kena bijak dan kuat.. ingt elis tu heran ke klw cap nk buat hal? Buat je lah hal, awal2 elis angkt kaki. Wanita kena ada pride. Ini abg tesla mmg la tunai nafkah zahir batin, minx izin nk poligami, mampu, smua serba serbi lengkap. Tp 1 je.. dia anoounce kt public ,ayat2 dia smua ayat hina isteri. Mcm maruah bini dia letak kt kaki. Dia kata spark dh hilang, tu pasal menikah baru..nnt spark balik ngn bini ptama... pstu klu 2nd pon xdk anak, dia akan kawen bini no 3..mmg dia buat kita kain good morning lap peluh dia je.. pdhal klu 3bini dh seks tp anak xdk maknanya sperma dia yg xsempurna sifat. Sperma dia mgkin cacat characters. Bini 1st dia klw menikah ngn jntan lain silap2 anak dh 4 org |
|
|
|
|
|
|
|
Suka Elis ckp. Pengalaman lalu mematangkan kita. Alhamdulillah. Hujah2 dia pun padu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau friska sondol suami orang apa hukum dia ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 28-8-2023 11:23 AM
Aku xnmpk abg tesla bodoh tp aku nmpk 1st wife dia bodoh, biar maruah dipijak2 oleh suami. Stakat sk ...
Iols pulak nmpk dua2 bini dia bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
mcm bodoh bodoh alang je bini abg tesla tu kn...kita je yg beria nk maki abg tesla
|
|
|
|
|
|
|
|
Mat test la ni kerja apa. Banyak duit ke sampai isteri pertama ok je kena tempias mcm tu.
Setakat self record video solat dan peluk2 tu best sangat dah ke. .gely yg amat .... |
|
|
|
|
|
|
|
chillipepper replied at 28-8-2023 12:33 PM
Ramai gak iols nampak kecam bini topinasi ni, siap kata tak tutup aurat nak nasihat orang. BUT SHE M ...
Dato tu siap ckp tak boleh kan masa wife cap hidup ada pilihan. Terus kena dgn Elis "kenapa tak boleh".
Padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
padu jugak aku tengok si elis ni hentam tesla..tapi ye tengok pun da tau yg tesla ni da xde rasa cinta n respect pada wife dia... upload apa pun just nak up diri dia je n dia jela betul. its about me me n me gitu.. tengok muka dia bila bini jawap pun da tau takut bini salah ckp.. overall apa yg nampak, bini dia bukan redha, tapi terpaksa redha sbb xde pilihan lain, n dia terlalu bergantung dgn laki dia ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|