CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2065|Reply: 0

Lelaki Diberkas Terlibat Beli, Seleweng Diesel Bersubsidi

[Copy link]
Post time 27-8-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Tindakan seorang lelaki cuba mengaut untung dengan membeli minyak diesel bersubsidi, tidak berhasil apabila ditahan di Kawasan Perindustrian Seri Purnama di sini semalam.


Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi itu, lelaki yang berusia 42 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam pembelian minyak bersubsidi di stesen-stesen minyak di sekitar Johor Bahru sebelum dijual balik ke pasaran gelap.


Polis Johor menahan seorang lelaki dan merampas lori serta peralatan yang disyaki digunakan dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Kawasan Perindustrian Seri Purnama, Johor Bahru, semalam.




Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Gores sejumlah 5,000 liter minyak diesel bernilai RM12,900.


“Lelaki itu ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pembelian minyak bersubsidi di stesen-stesen minyak berhampiran. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tong statik berisi 5,000 liter bernilai anggaran RM12,900.


“Polis merampas pelbagai peralatan termasuklah mesin pengepam, hos, sebuah lori, tong berisi 5,000 liter minyak diesel dan nilai keseluruhan rampasan adalah RM125,415,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kamarul Zaman berkata, suspek yang ditahan kemudiannya diserahkan kepada pasukan penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.


Ujarnya, hasil semakan rekod ke atas suspek mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.


“Polis Johor akan terus membanteras hingga ke akar umbi kegiatan penyelewengan dan ketirisan diesel dan minyak-minyak lain,”katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.573711 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list