CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28561|Reply: 16

Zarina Zainuddin dikecam jadikan anak Ridzokumura content

[Copy link]
Post time 7-3-2025 02:31 PM | Show all posts |Read mode


Tiada niat mengambil kesempatan di atas kedukaan orang lain, pelakon Zarina Zainuddin menjelaskan dia berkongsi tentang anak usahawan Ridzuan Ridzokumura kerana sedar ramai simpati dan bimbangkan keadaan remaja tersebut.

Zarina, 55, berkata, dia juga sangat berhati-hati sebelum memuat naik hantaran melibatkan Sky Taizo Okumura di media sosial.

Jelasnya, dia tidak merakam keseluruhan aktiviti seharian Sky sebaliknya hanya saat seperti waktu berbuka, sahur dan solat bersama untuk tatapan umum.

“Bukannya saya mengambil kesempatan dengan membuat video siaran langsung selama 24 jam sehari.

“Tak semua benda saya rakam sebaliknya hanya post benda-benda baik. Itu pun saya hanya kongsi di Instastory sahaja.

“Kalau ada yang mengutuk, saya hanya bersyukur… Di bulan Ramadan ini sepatutnya mencari pahala bukan dosa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

  


Berkongsi mengenai keadaan terkini Sky, Zarina menyifatkan remaja 13 tahun itu seorang yang tabah dalam menghadapi ujian kehilangan seorang ibu pada usia muda.

Sky juga kata Zarina sedang cuba memproses dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya walaupun masih belum ada kekuatan pulang ke rumah mereka.

“Alhamdulillah Sky seorang anak yang baik dan tabah orangnya dalam berdepan dugaan.

“Sepanjang berada di rumah saya, kami solat sama-sama dan dia sentiasa mendoakan buat arwah ibunya,” jelasnya.

  


Menurut Zarina, Sky juga tidak memilih makanan walaupun tahu dia sangat merindui masakan air tangan ibunya.

“Dia tidak memilih soal makanan cuma biasalah dia rindu masakan arwah ibunya.

“Alhamdulillah setakat ini apa saya masak semua dia makan," ujarnya.

Pada 28 Februari  lalu, Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, memaklumkan isterinya meninggal dunia namun tidak menyatakan punca kematiannya.

  


Bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan pada Selasa mengesahkan wanita warga Jepun yang maut terjatuh di sebuah kondominium merupakan isteri kepada usahawan berkenaan.

Jenazah wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada pagi Sabtu lalu.

  


Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko atau nama Islamnya Aishah Abdullah pada Februari 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2025 04:20 PM | Show all posts
suma pun asek la nak menunggang.. sabar la sky..cepatlah kamu membesar..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sometimes harap family akiko datang dan ambil sky.

bagi la sky tu bertenang, berak kencing je tak kene rakam, serius kesian sangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak sendiri pon sanggup dia rakam apetah lagi anak org lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
makcik ni pon.. tak cukup rakam ank2 sndiri bercerita mengeras awal pagi, ank org yg tgh berduka pon nak rakam gak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik amazon ni batak views
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2025 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa x syg anak....aku tgk pakcik filter usap kepala anak..mmg aku senyum tgk....keluarga ni penyayang...aku kalau bab2 anak ni mmg sensitif giler....siapa la yg x syg anak kan....Best peluk cium anak...x kirala anak2 umur berapa, kecik ke..besar ke...

Tp family ni giler merakam kehidupan sendiri untuk tontonan manusia lain...yuck...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Apegilerrrrr 'kalau ada yg mengutuk, sy hanya bersyukur'
Wujud ea org cmni syukur sbb kena kutuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2025 01:13 PM | Show all posts
mana tread yg kutuk ridz tu, bila nak kena saman terus hilang dr radar..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan aku siap record kawan tgh nazak. Dahler aurat kawan tu terdedah. Xde common sense. Sebijik cam acik amazon.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 02:49 PM | Show all posts
masalahnya apak sky pun asyik la merekod sana sini…  tak heran la kalau orang tumpang rekod…  and yes, filter kuat nau sebab tu aku pelik bila orang asyik puji dia n arwah comel
awet muda…  butakah mata mereka tak nampak tu semua filter semata…
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 02:49 PM | Show all posts
masalahnya apak sky pun asyik la merekod sana sini…  tak heran la kalau orang tumpang rekod…  and yes, filter kuat nau sebab tu aku pelik bila orang asyik puji dia n arwah comel
awet muda…  butakah mata mereka tak nampak tu semua filter semata…
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 08:28 AM | Show all posts
kang dia berkonten  utan amazon dia tu kang
baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:17 AM | Show all posts
seriuslah arwah tu berumur 50-an? nampak muda lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 11:11 AM | Show all posts
anak biol keras kotey pun rakam, apatah lagi anak orang..... acik amazon kan dungu bahlol...kalau tak takkan kena tipu shooting porno hutan amazon tu dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 11:22 AM | Show all posts
acik ni nak jd penunggang gak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap!. Dalam gambar atas tu ZZ ni nampak cantik. Gigi putih. Dia buat ke eh Gigi dia?.
Ada sesapa tahu tak?.
Ke nak kena DM dia kat IG?.
Thanks!.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.086935 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list