CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2883|Reply: 1

[Perlis] Aliran trafik di pintu keluar sempadan negara di Wang Kelian sesak

[Copy link]
Post time 27-8-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode

RATUSAN kenderaan berbaris panjang menuju pintu sempadan ICQ Wang Kelian, dekat Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Aliran trafik di pintu keluar sempadan negara di Wang Kelian, dekat sini sesak teruk apabila ratusan kenderaan berbaris panjang untuk ke Thailand.

Tinjauan mendapati barisan panjang kenderaan bergerak perlahan sejauh 2 kilometer dari Taman Negeri Perlis hingga ke Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian.

Difahamkan, orang ramai mula beratur sebelum pintu sempadan dibuka seawal pukul 8 pagi bagi proses dokumentasi di ICQ Wang Kelian untuk menuju ke wilayah Satun, Thailand.

Menurut seorang pelancong dari Lembah Klang, Rahimah Abdul Rahman, 42, dia mengambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara bersama suami dan tiga lagi anaknya sempena cuti sekolah.

“Saya ingin menuju ke Pak Bara di wilayah Satun sebelum meneruskan perjalanan ke wilayah Krabi sempena satu minggu cuti sekolah ini bersama anak-anak.

“Sebelum ini saya ada baca bahawa perjalanan keluar melalui pintu sempadan Wang Kelian lancar kerana kurangnya ken­deraan, namun apa yang dialami hari ini sama sekali berbeza,” katanya di sini semalam.

Katanya, kesesakan teruk itu berlaku di luar jangkaannya apabila dia terpaksa mengambil masa sehingga 30 minit untuk bergerak sejauh 500 meter serta dua jam untuk tiba di ICQ Wang Kelian dari Taman Negeri Perlis.

Menurut seorang pelancong dari Perlis, Mohd. Shazwan Razali, 39, dia mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat menuju ke Satun setelah melalui ke­sesakan luar biasa.

“Saya memang kerap membawa keluarga untuk bersiar-siar di Thailand, namun membatalkan hasrat saya kali ini kerana laluan sesak luar biasa dan mengambil keputusan untuk berpatah balik.

“Kebetulan pula Arked Niaga Pasar Sehari Wang Kelian mula dibuka hari ini, saya dan keluarga terus sahaja singgah dan membeli makanan selepas hampir satu jam beratur,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -wang-kelian-sesak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2023 12:42 PM | Show all posts
klu x silap rakyat malaysia lg suka pegi siam dr pegi langkawi skrg ni.
kt langkawi dengarnya dah mahal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049710 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list