View: 30849|Reply: 40
|
Tarian 'Goyang Gerudi' Di Port Fest 2023: Penganjur Mohon Maaf
[Copy link]
|
|
Ipoh: Pihak pengurusan agensi kreatif kerajaan Perak, PORT (People of Remarkable Talents) yang terpalit kontroversi konsert di depan Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena program PORT FEST 2023 Ahad lalu, tampil memohon maaf susulan insiden 'tarian ekstrem' oleh segelintir penonton yang tular di media sosial.
PORT menerusi kenyataan berkata, agensi itu sebagai penganjur ingin menjelaskan bahawa insiden terbabit sewaktu persembahan UBS Band adalah sesuatu yang bukan disengajakan atau diatur dan ianya berada di luar kawalan pihak penganjur.
"ihak penganjur dengan ini memohon maaf sekiranya adegan tarian yang sedang ditularkan itu menyentuh sensitiviti sebahagian masyarakat. Kaedah penganjuran konsert seterusnya sedang dikaji agar peristiwa sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan," katanya hari ini.
Terdahulu, konsert sempena festival berkenaan heboh diperkatakan apabila tular rakaman video menunjukkan sekumpulan anak muda lelaki dan perempuan menari bersama-sama dalam keadaan kurang sopan tular di Twitter.
Adegan itu dikatakan berlaku semasa konsert pada malam kemuncak festival terbabit, seterusnya mencetuskan kritikan daripada warganet.
Rakaman tular itu turut menunjukkan sekumpulan lelaki memberikan isyarat untuk mengelilingi sekumpulan gadis yang bertudung untuk melihat giliran mereka membuat aksi seperti 'goyang gerudi'.
Sementara itu, PORT dalam kenyataan sama berkata, PORT FEST 2023 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Ogos lalu adalah festival untuk mengetengahkan pelbagai sisi seni kreatif dan budaya.
Katanya, tujuan utama penganjurannya adalah memberi pendedahan serta peluang perniagaan kepada lebih 300 penggiat seni di Perak.
Menurutnya, PORT FEST 2023 berjaya menarik kehadiran kira-kira 20,000 orang pengunjung dan menjana manfaat kewangan sebanyak kira-kira RM450,000 menerusi jualan makanan, minuman, produk seni kreatif, acara persembahan, pameran dan pertandingan, serta penyewaan penginapan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
dasat org ipowh lapar hiburan sungguh
|
|
|
|
|
|
|
|
Lah. Dekat Ipoh rupanya kejadian tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
https://vm.tiktok.com/ZSLGsXf5C/
nantikan kemunculan gloria pick me |
|
|
|
|
|
|
|
lightheaded67 replied at 25-8-2023 01:10 PM
https://vm.tiktok.com/ZSLGsXf5C/
nantikan kemunculan gloria pick me
Tabaik panggey dia gloria madagascar.. |
|
|
|
|
|
|
|
diaorg rehersal ke sebelum nak joget tarian ni?
ke ada grup tarian ni?
macam mana boleh wujud geng ni?
macam2 hal laa manusia ni ekk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 25-8-2023 01:23 PM
Tabaik panggey dia gloria madagascar..
haha yelah yelahhhh tukar adek tak manis tetapi pick me |
|
|
|
|
|
|
|
acik baju putih tu goyang gerudi dah mcm Gorila goyang .... buruk benau rupenye |
|
|
|
|
|
|
|
Oh salah ke gitu? I ols nengok x bersentuhan pun. X de gesel2 pun |
|
|
|
|
|
|
|
mcm panda betina
|
|
|
|
|
|
|
|
lightheaded67 replied at 25-8-2023 02:14 PM
haha yelah yelahhhh tukar adek tak manis tetapi pick me
Patutnya deme stick dgn poco2 tanpa gerudi |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah penganut2 PH-BN..... Perjuangan untuk membebaskan muda mudi daripada ajaran Islam dan tatasusila bangsa kini semakin berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga negeri korang ditawan PAS |
|
|
|
|
|
|
|
Tetibe iols sebagai orang Ipoh terasa malu |
|
|
|
|
|
|
|
Yg hari tu bergelek kat kl kan, br msk berita jakim br nak siasat, yg ni ipoh pula. Bala apalah bakal muncul ni. Xde rasa malu dah maknusia la ni ye.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|