CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17016|Reply: 83

[Tempatan] Guru wanita hidap diabetes kronik meninggal dunia akibat jangkitan kuman, mangsa, 43, yang tinggal sendirian dan masih belum berkahwin ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah

[Copy link]
Post time 24-8-2023 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 24-8-2023 09:11 PM


Mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan terlentang diruang tamu rumahnya di SMK Panggung Jaya, di sini, semalam. FOTO Ihsan PDRM

Guru wanita meninggal dunia akibat jangkitan kuman
24 Ogos 2023

GUA MUSANG: Seorang guru wanita ditemui meninggal dunia kerana jangkitan kuman di rumahnya di kuarters guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, di sini, semalam.

Mangsa, Siti Noor Ba’Ayah Mohd Husin, 43, yang tinggal sendirian dan masih belum berkahwin ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumahnya oleh rakannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa yang tinggal di tingkat 4 kuartes guru itu mula mengajar di sekolah berkenaan pada Januari tahun lalu.

“Kira-kira jam 8.40 pagi semalam pengadu yang juga guru di SMK Panggung Jaya Gua Musang ke rumah mangsa kerana dia tidak hadir bertugas.

“Apabila sampai di rumah mangsa, pengadu mengetuk dan memberi salam, namun tiada jawapan.

“Pengadu meminta bantuan daripada seorang lagi guru wanita untuk membuka pintu rumah mangsa dengan kunci pendua yang ada padanya. Selepas berjaya membuka pintu rumah mereka mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang di kawasan ruang tamu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian ke atas mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan punca kematian adalah disebabkan ‘Sepsis Secondary to Necrotizing Fascilitis’ atau jangkitan kuman yang teruk.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) memandangkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui terhadap mangsa,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2023 08:02 PM | Show all posts
Tragis ya, simpati saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2023 09:10 PM | Show all posts
Guru hidap diabetes kronik meninggal dunia dalam kuarters
Oleh AIMUNI TUAN LAH
24 Ogos 2023, 5:47 pm

GUA MUSANG – Mayat guru wanita yang dipercayai menghidap diabetes kronik ditemui di tingkat empat kuarters guru, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, di sini semalam.

Mangsa yang berusia 43 tahun dan masih bujang disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan, kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan telentang oleh seorang guru lain yang turut tinggal di kuarters tersebut di ruang tamu rumahnya.

Katanya, selepas penemuan mayat mangsa, satu laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 10.57 pagi semalam.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian dan keterangan saksi mendapati, tiada unsur-unsur perlakuan jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

“Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini untuk proses bedah siasat. Punca kematian mangsa disebabkan oleh ‘sepsis secondary to necrotizing fascilitis’ atau jangkitan kuman yang teruk,” katanya.

Tambah Choon Foo, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) memandangkan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahirrojiun. Kesian nya meninggal sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Confirm berhantu dek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah cepat jg ditemui, sebab xhadir mengajar
Kalau kena weekend ke, lg la sapa pun xsedar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 11:45 PM | Show all posts
Innalillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 11:52 PM | Show all posts
Takziah  

muda lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 11:55 PM | Show all posts
Berapa berat arwah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kompom jadi urban legend kat sekolah dia nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...alfatihah
salam takziah.
huhu mujur la dok kuaters ada la jugak spare key org lain pegang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bbrp tahun lepas kawan  iols pun meninggal mengejut begini. Dia bertahun2 asyik citer nk tukar keje yg ada work life balance tp x tukar2 pun. Last2 dia meninggal mengejut. Iols rasa ralat sangat masa tu sbb x push supaya dia resign lebih awal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 03:13 AM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 25-8-2023 01:50 AM
Bbrp tahun lepas kawan  iols pun meninggal mengejut begini. Dia bertahun2 asyik citer nk tukar keje  ...

Semua org resign cepat sis.. tp masalahnyaaa duittttttt . Aku ni dpt sbb takde utang.. itu aje.. kalo berhutang.. hutang rumah terutamanyaa mmg keje le ekau..

Kenkawan aku byk yg nak blah.. dah amik pun borang pencen tp tak isi isi sbb satu je.. takde duit.... Sape nak bg dia duit utk aettle hutang tuu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2023 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-8-2023 01:17 AM
Kompom jadi urban legend kat sekolah dia nanti..

Paati ade yg buat cite nmpk dia tgh jemo kainlaa.. jln jln laa.. sok sek pastinyaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya mati seorang diri

Tapi jasad arwah tetap sempurna kan?
Harap dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. takziah kpd keluarga..

So nak kata soh dok dgn famili ke apa ni? Wartawan pun tulih tak hengat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg kengkonon bijak pun percaya hantu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.137026 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list