CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6258|Reply: 0

[Perlis] Perlis ikut jejak negeri lain guna logo, tema Hari Kebangsaan nasional

[Copy link]
Post time 23-8-2023 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Perlis ikut jejak negeri lain guna logo, tema Hari Kebangsaan nasional


BERNAMA



GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP



Kangar: Kerajaan Negeri Perlis membuat keputusan yang sama dengan Terengganu, Kedah dan Kelantan untuk mengguna logo serta tema seperti Kerajaan Persekutuan bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata keputusan itu telah dibuat bagi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis 2023.

"Kerajaan negeri akan menggunakan logo dan moto yang sama seperti pusat pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri pada malam 30 Ogos nanti," katanya ketika dihubungi pemberita malam ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari berkata empat negeri di bawah pemerintahan gabungan politik itu mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza daripada Kerajaan Persekutuan untuk sambutan peringkat negeri.



Disiarkan pada: Ogos 23, 2023 @ 10:13pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050706 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list