CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 4

Tak Berbaloi Ambil Alih The Red Warriors Dengan Harga Tinggi Sedangkan Reputasi Permainan Buruk - DSV

[Copy link]
Post time 23-8-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kekalahan besar yang dialami Kelantan ketika berdepan Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengganggu 'mood' Datuk Seri Hasmiza Othman dalam usaha mengambil alih The Red Warriors (TRW).


Usahawan kosmetik yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu menyifatkan tidak berbaloi sekiranya nilai terlalu tinggi diletakkan untuk mendapatkan TRW berdasarkan prestasi buruk pasukan itu ketika ini.






Beliau bagaimanapun menjelaskan belum tawar hati untuk mengambil alih kelab itu dan akan berbincang dengan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengenai bagaimana nak dapatkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.


Katanya, beliau akan membuat kajian menyeluruh dan berhubung dengan Norizam untuk melihat apa strategi yang boleh dibuat daripada sudut untuk menaikkan pasukan itu.


"Saya berasa berbesar hati selepas Kelantan menang dengan Negeri Sembilan sebelum ini. Tetapi apabila dibelasah Terengganu dan JDT, saya perlu kaji semula dan saya tak tahu punca sampai diratah begitu sekali.


"Bukan tawar hati (nak ambil alih TRW), tetapi kena lihat dahulu bagaimana cara nak selamatkan TRW. Apabila saya baca kenyataan Norizam, sekurang-kurangnya dia nak dapat balik modal dia.


"Namun, dengan keadaan (prestasi pasukan) begini, dengan tanggungan (kos perbelanjaan) selepas itu memang tidak berbaloi sebagai pelabur dan pemilik. Melainkan jika ada kerjasama yang baharu.


"Itu perkara yang saya fikir perlu diperhalusi lagi sebab benda ini bukan nak ambil sehari, sebulan atau setahun tetapi akan memakan masa bertahun-tahun.


"Jika nak kerjasama (urus pasukan) pun kita kena bincang dengan Norizam kerjasama yang bagaimana boleh dilakukan dan saya akan jumpa dia dahulu," katanya kepada BH Sukan.


Kelantan berdepan prestasi buruk dalam dua perlawanan terakhir mereka apabila tewas 0-8 kepada Terengganu dalam Liga Super sebelum diratah JDT 10-0 ketika aksi Piala Malaysia.


Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham sebelum ini menjelaskan beliau sedia menjual kelab itu dengan pembeli perlu membayar sekurang-kurangnya modal yang sudah dikeluarkan beliau selama empat musim menguruskan TRW.


Jumlah itu termasuk hutangnya dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berjumlah RM3.8 juta dan individu atau pemilik baharu boleh menyambung tuntutan terhadap persatuan itu.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana prestasi team ni masa DSV urus dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kelantan yg legit kaya dia ni je ke sbnrnya? So geng2 kelantan yg slalu flex harta emas berkilo2 tu semua mmg sekadar bergambar dgn kete dan rumah sewa jela ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tadak fulus nk sponsor?

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 08:19 AM | Show all posts
Guna la Vida Coin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.353409 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list