CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1404|Reply: 0

Nahas Tujuh Kenderaan: Wanita Maut Kereta Digilis Lori, Ambil Masa 2 Jam Dikeluarkan Dari Kenderaan Tersepit

[Copy link]
Post time 23-8-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di jalan bertingkat Lido di Jalan Lintas, Kota Kinabalu, Sabah pada petang Selasa,menyaksikan seorang wanita berusia 26 tahun maut apabila kereta Perodua Bezza dipandunya digilis lori.


Dilaporkan, mangsa, Nicolette Hannah George, yang berasal dari Kampung Babah, Penampang itu merupakan pekerja syarikat swasta di Kepayan 88 dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 6 petang.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan tujuh kenderaan.


Foto: mStar




Katanya, kenderaan terbabit adalah dua lori dan lima kereta masing-masing jenis Perodua Bezza, Myvi, Toyota Vios, Proton Saga dan Iriz.


"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori melanggar sebuah kenderaan di hadapannya hingga menyebabkan kenderaan yang paling belakang tersepit di bawah lori.


"Akibat kejadian itu, pemandu kereta Perodua Bezza tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.


Tambahnya, pihak polis belum menerima laporan daripada mangsa lain yang terbabit sama ada cedera ataupun tidak.


"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.


Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.


"Bomba menggunakan peralatan khas dengan dibantu penarik kereta bagi memudahkan urusan mengeluarkan mangsa.


"asukan bomba mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan akhirnya berjaya dikeluarkan," ujarnya lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.069893 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list