CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3242|Reply: 0

Mazlan ketua polis baharu Temerloh

[Copy link]
Post time 22-8-2023 05:26 PM | Show all posts |Read mode

MAZLAN Hassan (kiri) menerima tongkat kuasa daripada Superintenden Roslee Omar sempena majlis penerimaan tugas Ketua Polis Temerloh yang disaksikan oleh Yahaya Othman (tengah) di Temerloh, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD



TEMERLOH: Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Temerloh yang baharu dengan pangkat Asisten Komisioner bermula hari ini.

Majlis serah tugas diadakan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh disaksikan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Mazlan berkata, beliau berterima kasih dengan Ketua Polis Pahang serta pengurusan kontinjen polis negeri atas pengurniaan pangkat Asisten Komisioner serta dilantik sebagai Ketua Polis Temerloh.

“Saya akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti berasaskan tugas kepolisan supaya memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat Temerloh.

“Namun, saya perlu mendapat kerjasama penuh daripada seluruh pegawai dan anggota IPD serta seluruh masyarakat di daerah Temerloh,” katanya di sink hari ini.

Dalam pada itu, Yahya berkata, Mazlan merupakan seorang pegawai polis yang mempunyai pengalaman luas dalam hal kepolisan berasaskan pernah menjawat sebagai Ketua Polis Maran dan Jerantut.

“Beliau (Mazlan) menitikberatkan soal integriti dan produktiviti dalam kepolisan semasa bertugas di daerah Maran dan Jerantut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, polis negeri bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai ekoran kematian penyandang, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat terhempas mengorbankan 10 mangsa di Elmina, Seksyen U16 di Shah Alam, Selangor, Khamis lalu.

Menurutnya, pihaknya akan menyusun pegawai dan anggota bertugas selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh bagi PRK kawasan berkenaan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... is-baharu-temerloh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.057676 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list