Seorang wanita menemui ajal semasa menyertai satu acara lumba lari dalam guni.
Dalam rakaman yang tular di TikTok itu, ramai yang hadir ke acara sukaneka sempena menyambut hari kemerdekaan republik Indonesia yang ke-78.
Penduduk setempat turut dilihat bersorak buat dua wanita yang sedang berlari dalam guni menuju ke garisan penamat.
Sampai sahaja di garisan penamat, wanita yang memakai baju berwarna putih itu rebah dan kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk dapat rawatan lanjut selepas tidak menyedarkan diri.
Difahamkan dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia sebelum menerima rawatan.
Punca kematian wanita itu disebabkan kelelahan sewaktu menyertai sukan larian yang dianjurkan itu.-CARI