CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 911|Reply: 0

[Terengganu] 'Dapat sikit pun kena isytihar'

[Copy link]
Post time 22-8-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

NELAYAN pantai Kampung Nail berehat di bangsal dekat jeti. FOTO Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Nelayan yang menggunakan lesen khas nelayan pantai perlu mengikuti syarat ditetapkan bagi membolehkan mereka menikmati bantuan kerajaan termasuk subsidi diesel, kata Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Rosli Mustapha.

Katanya, ia bagi memastikan bantuan tersedia disalurkan dengan lancar selain mengelak ketirisan.

Menurutnya, golongan ini menggunakan lesen khas nelayan pantai, jadi untuk membuang perkataan 'khas' bagi membolehkan mereka mendapat lesen nelayan pantai golongan ini perlu mengikut garis panduan ditetapkan.

"Mereka perlu umum hasil tangkapan di pusat pengisytiharan hasil tangkapan di kawasan masing-masing.

"Walaupun dapat hasil sedikit misalnya satu atau dua kilogram sahaja, mereka perlu buat pengisytiharan kerana itu syarat utama.

"Pada masa sama, kami (LKIM) tidak letakkan syarat jumlah tangkapan tertentu baru boleh buat pengisytiharan tangkapan, yang penting isytihar sahaja jumlah tangkapan," katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan keluhan golongan nelayan pantai khas terutama di Kampung Nail, di sini, tidak memperoleh diesel subsidi dan elaun sara diri.

Keadaan itu menyebabkan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


JETI Kampung Nail yang menempatkan bot gentian kaca milik nelayan. FOTO Nazdy Harun

Rosli berkata, nelayan pantai khas ibarat percubaan, sekiranya mereka memenuhi semua syarat ditetapkan baru layak beralih kepada lesen nelayan pantai biasa.

"Syaratnya, perlu keluar ke laut dalam tempoh 120 hari dan mengisytiharkan hasil diperoleh kerana data yang kita (LKIM) peroleh itu diguna Jabatan Perikanan untuk memperbaharui lesen nelayan khas ini.

"Jadi, kita harap nelayan berkenaan mengikut prosedur ditetapkan kerana bertujuan mengelak ketirisan dan penipuan, contohnya ada individu yang memberi alasan ke laut untuk mendapatkan diesel bersubsidi, namun sebenarnya tidak berbuat demikian," katanya.

Katanya, jika nelayan pantai khas ini mendakwa memperoleh hasil tidak seberapa apabila turun ke laut, mereka perlu memikirkan pendekatan lain untuk diambil.

"Sama ada memilih melakukan kerja lain buat sementara waktu atau meneruskan pekerjaan hakiki namun berusaha mendapatkan hasil seperti dinyatakan.

"Kita di LKIM, sentiasa terbuka membantu nelayan setempat, jika mendapat aduan kita turun kelapangan untuk membuat siasatan bagi mengenal pasti puncanya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... t-pun-kena-isytihar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.921685 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list