CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 0

[Kelantan] Maut digilis traktor mengundur

[Copy link]
Post time 22-8-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode

WARGA Indonesia maut digilis traktor di Ladang Sawit Serasa, Sungai Bayu. FOTO ihsan polis

Gua Musang: Lelaki warga Indonesia maut digilis tayar hadapan sebuah traktor di Ladang Sawit Serasa, Sungai Bayu, di sini, semalam.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, mangsa dikenali Syaiful, 34, dipercayai sedang memunggah buah kelapa sawit ke dalam sebuah traktor sebelum kenderaan dipandunya itu mengundur.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa dipercayai cuba memanjat traktor untuk mengawalnya namun terjatuh dan digilis oleh tayar hadapan kenderaan itu.

"Siasatan awal mendapati sewaktu kejadian mangsa sedang melakukan kerja memunggah buah kelapa sawit di kawasan berbukit ke dalam traktor.

"Traktor itu mengundur dengan sendiri dan mangsa cuba memanjat untuk mengawal kenderaan namun terjatuh dan digilis oleh tayar hadapan.

"Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan dibawa ke bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 019-4742270," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-traktor-mengundur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.755864 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list