CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1065|Reply: 0

[Kelantan] PH/BN buat laporan polis terhadap MB Kelantan

[Copy link]
Post time 21-8-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Mohd Nassuruddin Daud

Pasir Mas: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Rantau Panjang membuat laporan polis ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataannya yang melabel dua calon PH-BN menolak perjuangan Islam.

Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Rantau Panjang, Mohd Ridzuan Muhamad, berkata laporan itu juga dibuat bagi menggesa Mohd Nassuruddin mengemukakan permohonan maaf atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, apa yang dilontarkan Mohd Nassuruddin melalui ucapannya pada Jumaat lalu, bukan sahaja boleh memecahkan perpaduan umat Islam malah seperti menunjukkan dua calon PH dan BN masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dan Galas seakan-akan melawan perjuangan Islam.

"Semalam, Mohd Nassuruddin melalui kenyataan media memberitahu enggan meminta maaf selain mahu kami menyemak semula rakaman rekod ucapannya. Namun begitu, selepas beberapa kali disemak, memang jelas apa yang disebutnya merujuk kepada calon, Dr Hafidzah Mustakim dan Mohd Syahbuddin Hashim.

"Laporan ini juga supaya pihak berkuasa dapat membuat siasatan lanjut berkaitan kenyataan terbabit. Tambahan pula, kita semua boleh berbeza pilihan politik namun tidak boleh menolak perjuangan Islam.

"Kenyataannya menunjukkan seperti hanya PAS yang mementingkan Islam sedangkan parti lain juga di bawah kerajaan perpaduan mempunyai misi yang sama, selain calon yang dituduh sendiri juga beragama Islam," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, hari ini.

Seramai hampir 20 penyokong PH-BN turut sama hadir bagi menyokong tindakan membuat laporan berkenaan.

Semalam, media melaporkan Mohd Nassuruddin menafikan dakwaan beliau melabel dua wakil rakyat BN dan PH di Kelantan sebagai melawan perjuangan Islam.

Mohd Ridzuan berkata, apa yang diminta sekarang hanya permohonan maaf dan tidak pernah timbul isu 'koyak' dalam berpolitik sebagai mana yang didakwa Mohd Nassuruddin.

"Jika dia membuat permohonan maaf, kemudian kami akan serahkan kepada dua calon yang terbabit untuk menilai. Kami sebagai wakil PH-BN di sini hanya tampil supaya siasatan dijalankan memandangkan kenyataan itu boleh membawa perpecahan.

"Namun jika beliau masih enggan berbuat demikian, laporan ini akan dibawa ke Mahkamah Sivil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erhadap-mb-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.060061 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list