CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 8

Singapura, Thailand 'Lamar' Misbun

[Copy link]
Post time 20-8-2023 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Datuk Misbun Sidek sedia 'membawa diri' ke luar negara bagi meneruskan misinya melahirkan pemain nombor satu dunia yang keempat.


Selepas sah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), jurulatih berusia 63 tahun itu mendedahkan beliau ada menerima beberapa tawaran dari negara lain yang berminat mendapatkan khidmatnya.






Walaupun tidak mendedahkan butiran tawaran berkenaan, difahamkan Thailand dan Singapura antara yang mahu mendapatkan sentuhan Misbun.


Misbun, berkata beliau tidak pernah patah semangat untuk melahirkan pemain nombor satu dunia keempat menerusi air tangannya selepas berjaya melakukannya ke atas Datuk Lee Chong Wei, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim.


Katanya, beliau mempertimbangkan tawaran yang diterimanya dengan serius kerana mahu berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimilikinya kepada pemain.


"Memang hati saya untuk negara, tetapi kalau khidmat saya diperlukan oleh negara luar, mereka mahukan idealogi saya untuk membentuk pemain mereka, apa salahnya?


"Kalau ikutkan tawaran itu untuk pasukan senior, yang mereka mahukan adalah dari segi sentuhan penyudah, untuk mengajar mereka bagaimana mahu mencapai kemenangan.


"Harapan saya juga adalah mahu mencari pemain nombor satu dunia yang keempat dan bersedia sekiranya ada potensi melakukan di luar negara.


"Apa pun, saya belum buat keputusan kerana ia bergantung kepada beberapa syarat tertentu yang saya kemukakan, tetapi untuk buat masa sekarang, saya mahu berehat terlebih dahulu kerana sudah lama saya tidak berehat," kata Misbun ketika sidang media di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Misbun memberitahu faktor utama dia enggan menerima semula tawaran dikemukakan BAM adalah tidak mahu mengganggu perancangan skuad remaja yang sedang melakukan persiapan menghadapi Kejohanan Remaja Dunia yang akan berlangsung di Washington, Amerika Syarikat (AS), bulan depan.


"Saya membuat keputusan untuk menolak tawaran itu kerana saya tidak mahu ganggu persiapan skuad remaja ke kejohanan dunia, mungkin perancangan sudah diatur.


"Memang saya yang aturkan program, sejak dari kejohanan dunia tahun lalu. Tetapi kali ini saya akur, kerana dalam tempoh dua minggu ini banyak perkara telah berlaku dan kesuntukan waktu," kata Misbun.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang je, tu hari skuad junior yg dia handle gagal kejohanan asian junior kat indonesia, negara mana nak hire tu,  skuad junior pun fail lagi nak coaching pemain utama
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow hebat misbun...go for it...you are THE BEST
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajuli: Sembang je, tu hari skuad juni ...


Hello heols gagal sbb pemain manja & banyak karenah birokrasi ya.. paham2 je lah dok bawah KBS nih, banyak tangan masuk campur
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul. Kalau prgai player cam diva org suruh buat 5 set ko buat 3-4 set pon dh malas camne nk jd legend? Coach di ambil utk korg dgr ckp coach bkn coach pulak dgr ckp player. Go misbun amek je job lua, tunjuk kan juara dunia ni di hasilkn dari disiplin dan komited
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jajuli: Sembang je, tu hari skuad juni ...

Kn citer misbun suh training 4-5 pg dorg xnk, sbb ckp waktu x efisien , padahal main mobile game ke, lepak2 dulu, tidur lewat. Pastu klu aku tulis ckp karang ada bau perkauman.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar je Hannah Yeoh jd coach n Zii Jia jd pemain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 04:15 PM | Show all posts
Bodoh BAM ni tak reti appreciate coach lejen cam Datuk Misbun. Yg Indon, China gak yg diambik..boleh lak bayar memahal. Bagi je la Datuk Misbun buat cara dia. Gi mampos player yg manja. No pain no gain brother.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.326190 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list