CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1141|Reply: 0

[Kelantan] Adun Galas dan Kota Lama desak MB Kelantan mohon maaf

[Copy link]
Post time 20-8-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Syahbuddin dan Dr Hafidzah mengadakan sidang media memberi tempoh tujuh hari kepada Mohd Nassuruddin membuat permohonan maaf secara terbuka. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menang di DUN Kota Lama dan Galas memberi tempoh tujuh hari kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang melabel dua calon berkenaan menolak perjuangan Islam.

Calon yang memenangi DUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan DUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun Meranti itu sangat keterlaluan.

Mohd Syahbuddin berkata, kegagalan Menteri Besar untuk membuat permohonan maaf secara terbuka akan mengundang susulan kepada tindakan undang-undang iaitu memfailkan saman sivil di mahkamah.

"Kenyataan yang dibuat Menteri Besar pada pagi kelmarin ketika menyampaikan kuliah agama di Dataran Ilmu dengan mengatakan dua calon BN-PH yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan baru-baru ini sebagai menolak perjuangan Islam tidak sepatutnya dibuat oleh pimpinan tertinggi negeri.

"Mewakili 10,742 rakyat Galas yang mengundi BN dan 9,691 rakyat Kota Lama mengundi PH, kami amat tersinggung dengan pernyataan Menteri Besar ini yang saya anggap sebagai melampau dan ekstrim.

"Kenyataan itu seolah menentang Pas seperti menentang perjuangan Islam adalah budaya takfiri yang boleh memecah-belahkan rakyat dan masyarakat. Pastinya kenyataan ini menjurus kepada perselisihan faham iaitu menuduh pengundi BN sebagai penentang sedangkan saya sebagai seorang Islam yang lahir dan Insya-Allah mati sebagai umat Islam tidak sesekali akan menentang Islam.

"Pandangan saya, ucapan Menteri Besar yang bernada sinikal dan angkuh itu wajar dihindari pada masa akan datang," katanya ketika mengadakan sidang media bersama di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Mohd Syahbuddin turut menggesa supaya Menteri Agama, mufti serta alim ulama turut memberikan pandangan berkaitan kenyataan Menteri Besar Kelantan.

"Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk menghantar notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka kepada Galas dan Kota Lama serta rakyat Kelantan yang mengundi BH-BN.

"Saya yakin pengundi PH-BN di Kelantan kekal teguh mempertahan Islam, bangsa dan tanah air tanpa prejudis. Kita tidak boleh berkompromi dan membiarkan ucapan serta budaya pemecah belah umat berterusan dalam negeri ini.

"Sebagai Menteri Besar, sewajarnya pendekatan perpaduan dan penyatuan menjadi pilihan berbanding tuduhan melulu," katanya.

Terdahulu, Mohd Nassuruddin dalam satu rakaman video yang tular mendakwa kemenangan Pas dalam PRN baru-baru ini adalah kemenangan perjuangan Islam.

Beliau turut menyifatkan dua kerusi yang dimenangi PH-BN sebagai pihak yang 'menentang perjuangan Islam.'

Sementara itu, Dr Hafidzah turut menyifatkan kenyataan yang dibuat Menteri Besar Kelantan itu sebagai khurafat politik yang perlu ditentang.

"Kita tidak boleh diam kerana ini seolah-olah kenyataan yang dibuat Menteri Besar itu adalah betul," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kelantan-mohon-maaf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.843687 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list