View: 3928|Reply: 61
|
Ibu Bapa Sanggup Tipu Gaji Untuk Dapat Bantuan
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Seorang guru menegur tindakan sesetengah ibu bapa yang bersikap tidak jujur ketika mengisi ruangan gaji dalam sistem maklumat murid.
Menurut sebuah hantaran di laman Facebook, perkara tersebut selalunya dilakukan oleh ibu bapa yang tidak mempunyai slip gaji atau bekerja sendiri.
Gambar hiasan
“Perkara ini lazim berlaku di sekolah. Dalam ruangan pendapatan itu, mereka akan letak gaji sebanyak RM700 hingga RM1,500 sahaja.
“Ikut kira-kira, anaknya layak mendapat semua bantuan yang ada, contohnya bantuan tunai RM100 setiap anak, Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT),” katanya.
Dalam hantaran sama, wanita tersebut turut menzahirkan rasa kecewa apabila mendapati ada sesetengah penerima bantuan tersebut sebenarnya datang daripada keluarga yang kaya raya.
“Bila kami (guru) melawat rumah, rupanya ibu bapa ada banyak kereta mewah. Rumah pula besar, bukannya kecil. Duit belanja sekolah anak pula mampu beri lebih daripada RM5 sehari.
“Masya-Allah, tidak ada rasa bersalahkah dalam hati ibu bapa ini? Ini sudah dikira mengambil apa yang bukan hak kita,” katanya.
Tambah guru tersebut, bantuan tersebut adalah khas untuk murid yang berasal daripada keluarga yang susah. Dia juga bertindak mempersoal tindakan sesetegah ibu bapa yang tamak dan tidak malu menerima bantuan yang bukan hak.
“Tidak berbaloi sekiranya kita mendapat satu-satu bantuan itu secara haram. Lagipun, kesannya besar pada anak-anak terutamanya dalam keberkatan hidup sepanjang zaman.
“Apa yang bukan rezeki kita, lepaskan. Hak orang lain, pulangkan. Apabila Allah sudah tetapkan rezeki kita, ikan yang dikail terlepas pun lompat naik ke darat dengan sendiri.
Yang pernah buat, harap insaf. Yang belum buat, jangan buat. Nanti hidup tidak berkat,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Byk je camni
Penghulu pun sign aje pengesahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la.
Idop nk membongak,ank² bg kerajaan tggung.
Xtahu la nk ckp salah kt mna.
Xbg bantuan salah.
Bila bg amik kesempatan.
Harap ank² xmenjadi la yer.
Ni 2x5 spesis ank² orka yg dpt scholar mara p obersi tp result hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat satu movie hindi..irfan khan jadi hero.
Dia golongan t20..hadap nak anak masuk sekolah asrama kerajaan.sanggup duk kawasan setinggan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang menipu tu melayu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 19-8-2023 08:31 PM
Yang menipu tu melayu kan?
Gaya nk nmpk kaya tp ngaku miskin..
Xtau apa yg dia nk sebenarnya… semata sbb bantuan yg 2-3 ratus tu je.
Berkembang biak golongan mcm ni jd lah makin ramai generasi x menjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai mcm ni ms kat sek rendah anak iols dulu. yg mai amik bantuan rm100 ke apa entah awal bukak sek tu pakai velfire, bmw, mazda (ni org yg iols kenal). takkan la gaji 1500 pakai kereta camni secara logiknya. pastu pernah jugak terserempak dgn weols kat epot tmpt tuju holiday pun sama. lagi laaa tak logik dpt bantuan.
tapi every year mmg manjang je ada depa2 ni mai amik duit tu.
maybe miskin bermusim kot |
|
|
|
|
|
|
|
Byk je kes mcm ni. Ad tu siap ad triton, vellfire. Tp dpt bantuan. Kebykn yg keje sendri. Tok 4 mne nk check sorg2 |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-8-2023 08:24 PM
Teringat satu movie hindi..irfan khan jadi hero.
Dia golongan t20..hadap nak anak masuk sekolah asra ...
I cuba google tajuknya and filem late irrfan khan, tak jumpa. You ingat tak tajuknya? |
|
|
|
|
|
|
|
baru tahu ke......?
huhuhu
budak-budak pun pandai kondem kawan dia sendiri yang mak bapak menipu slip gaji ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu zaman iols anak pengurus, anak cikgu dapat ya bantuan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78: Yang menipu tu melayu kan? smua pun same je |
|
|
|
|
|
|
|
isseliparjepun replied at 19-8-2023 10:02 PM
I cuba google tajuknya and filem late irrfan khan, tak jumpa. You ingat tak tajuknya?
Angrezi medium rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba tengok filem unsold story |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 19-8-2023 08:31 PM
Yang menipu tu melayu kan?
kt kedah ni yg buat tu sepet..
maklum la depa semua kan buat bisnes tp tulis meniaga sendiri..konon2 peniaga kecil..
pernah tegur sorang budak tu tulis rm1k tp bapaknya ada tokey kedai perabot lg..
aku basuh anak dia, terkulat2 malu sbb bapak menipu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun suka mengaku miskin
Sebab tak nak org pinjam duit [em:4:]
Tapi idok la menipu slip gaji
|
|
|
|
|
|
|
|
Puncanya adalah tiada rekod lengkap di lhdn pendapatan orang yang kerja sendiri ni. Sama ada kesedaran utk bayar cukai tu rendah atau sengaja tak mahu declare sebab nak lari dari cukai. Kalau memiliki rumah,tanah dan beberapa kenderaan,agak pelik jika tiada rekod dalam lhdn. Lagi tidak adil adalah puak ini juga yang dapat bantuan kerajaan. Real life T20 tapi diklasifikasi sebagai B40. |
|
|
|
|
|
|
| |
|