"Kalau artis sendiri yang kendalikan akaun media sosialnya, mungkin dia akan ada 'writer's block' dan boleh jadi keyakinannya jatuh.
"

erkara ini remeh tetapi penting sebab orang seni ini jiwanya halus dan cepat terasa," katanya.
Sebelum ini, Amir pernah membuat keputusan meninggalkan dunia seni kerana menganggap sudah tidak guna lagi berkarya. Kemudian Amir menggunakan nama komersil Hamba sebagai penjenamaan semula.
"Hamba memberi kesan positif sebab peminat yang datang kepada Hamba itu sangat berbeza berbanding sebelum ini. Kemudian, tahun lalu arwah ayah saya meninggal dunia.
"Ketika saya meletakkan jasad ayah saya ke liang lahad, saya tengok wajahnya. Saya terfikir ayah banyak meninggalkan legasi kerana beliau anggota polis.
"Saya terfikir apa peninggalan saya nanti. Jadi, saya kembalikan nama Amir Jahari dengan tujuan untuk meninggalkan legasi yang baik pada keluarga dan generasi akan datang.
"Jadi, perancangan saya untuk tampil dengan sebuah lagi album dan bingkisan ketiga pada tahun depan," katanya.
Dalam pada itu, Amir gembira Hasrat mendapat sambutan sangat baik daripada masyarakat dengan rekod dilayari lapan juta kali di platform penstriman muzik, Spotify.
"Saya tidak jangka sambutan ini. Pengarah filem ImagiNur, Nik Amir yang minta saya lancarkan lagu ini di platform digital. Pada mulanya saya tidak mahu, biarlah lagu itu jadi runut bunyi filem berkenaan.
"Namun, Amir paksa saya lancarkan lagu itu. Sehari sebelum filem itu ditayangkan, saya lancarkan Hasrat di platform digital.
"Alhamdulillah, sekarang sudah dilayari lapan juta kali. Perkara ini membuatkan saya fikir masih ada harapan lagi untuk industri muzik.
"Masyarakat sedang mencari sesuatu yang asli dan karya ikhlas. Jadi, sekarang ini sudah tiba masanya kita orang Malaysia ini lebih mengetengahkan karya tempatan daripada produk asing," katanya.
Sumber: BH Online