CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1465|Reply: 6

Warga Emas Diacu Parang, Disamun Rm20,000

[Copy link]
Post time 19-8-2023 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Jempol: Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila lehernya diacu parang selepas kediamannya di FELDA Palong Enam, dekat sini dimasuki empat pencuri dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi, hari ini.


Malah isteri mangsa berusia 65 tahun yang mempunyai masalah kesihatan tidak boleh berjalan turut diugut bunuh sekiranya menjerit.






Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kesemua suspek dipercayai warganegara Indonesia berusia 30 hingga 40-an bersenjatakan parang masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang yang tidak berkunci.


Katanya, kesemua suspek yang memakai topeng pergi ke bilik tidur mangsa sambil mengacukan parang dan mangsa yang terkejut mendiamkan diri.


"Suspek kemudian mengikat warga emas itu menggunakan kabel telefon serta selimut dan kemudian dijaga oleh seorang lagi suspek.


"Isteri mangsa yang tidak sihat tidak diikat, namun turut diugut bunuh jika menjerit sebelum tiga suspek kemudian menggeledah bilik mangsa dan mengambil wang tunai RM700 dan telefon bimbit, selain barang kemas iaitu rantai dan cincin emas.


"Anak mangsa yang berusia 22 hingga 26 tahun yang tidur di bilik berasingan turut dikumpulkan di bilik warga emas tiu sebelum diikat dengan kain dan kabel pengecas telefon," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Chang Hook berkata, suspek turut melarikan dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha Y15 dengan jumlah kerugian dianggarkan RM20,000.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuannya bekerja macam Friska.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon yang biasa kerja sekitar tu la ni..biasanya depa buat kerja reno umah,sambil2 usha line.bila kerja dah setel,dia return buat jenayah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2023 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis: Indon yang biasa kerja sekitar ...


Yup xde rekod dia org jd nak tangkap susah.babi indon
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2023 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
..melalui pintu belakang yg tidak berkunci....erkkkm
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
So traumatising utk family tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2023 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska punye keturunan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038213 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list