CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 771|Reply: 0

[Terengganu] Pungut, beli, makan raja buah di kebun

[Copy link]
Post time 19-8-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Abdul Hadi membawa turun durian dari bukit ke kawasan pengumpulan. FOTO Nazdy Harun

Marang: "Konsep beli dan makan di dalam kebun menarik ramai pengunjung untuk merasai suasana berada di dalam kebun durian dan menikmati raja buah berkenaan," kata Muhammad Abdul Hadi Mamat, 42, Kampung Jerung dekat sini.

Menurutnya, idea itu timbul sejak 2020 bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai suasana menikmati durian di dalam kawasan kebun.

Katanya, pengunjung bukan hanya terdiri daripada penduduk dari dalam negeri, malah dari seluruh negara dan mengambil peluang untuk ke kebun itu.

"Alhamdulillah, sambutan diterima sangat menggalakkan kerana pengunjung boleh memungut buah sendiri di dalam kebun untuk dibeli selain mereka juga boleh makan terus di sini.

"Suasana seperti ini dilihat amat meriah kerana yang datang biasanya membawa keluarga masing-masing," katanya yang juga seorang petani sayur-sayuran.

Menurutnya, dia mengusahakan tanaman durian di kebun berkeluasan enam hektar dengan menanam pelbagai jenis durian kampung dan durian klon.

Katanya, harga pula dijual mengikut gred buah antara RM7 hingga RM25 sekilogram, manakala buah durian yang jauh berada di atas bukit pula akan dibawa turun menggunakan motosikal.

Abdul Hadi berkata, musim durian di kampung ini bermula pertengahan Julai dan akan berakhir pada pertengahan September nanti.

Menurutnya, walaupun waktunya atau musim yang singkat namun sekiranya buah mula menjadi (berbuah) maka peluang seperti ini dapat dimanfaatkan bersama.

Katanya, sebelum mengetengahkan idea ini, dia hanya menjual durian yang dipungut di bahu jalan di kawasan kampung namun dengan kaedah ini (berkumpul di kebun) dilihat lebih praktik.

Pengunjung, Aw Kam Siew, 48, dari Kuala Terengganu berkata, dia bersama 14 ahli keluarga mengambil peluang untuk datang dan menikmati durian terus dari kebun.

"Datang sendiri ke kebun, dapat menikmati buah durian yang segar kerana baru dipungut selain suasananya berlainan sekiranya dibeli dan dibawa pulang ke rumah.

"Dua ahli keluarga iaitu anak saudara saya dari Klang, Selangor dan Kuala Lumpur juga mengambil peluang untuk datang ke sini dan mereka bertolak kelmarin untuk ke Kuala Terengganu," katanya.

Menurutnya, pelbagai gred buah boleh dinikmati dengan harga berpatutan dan suasana berada di kebun durian itu yang diingini.

Seorang lagi pengunjung, Roslan Majid, 48, dari Kuala Terengganu berkata, peluang seperti ini membolehkan dia membawa ahli keluarganya bukan hanya untuk menikmati durian malah merasai suasana di dalam kebun.

"Sekarang bukan senang hendak melihat kebun, ditambah pula sekiranya tinggal di bandar atau kawasan perumahan yang jauh daripada suasana seperti ini.

"Jadi saya mengambil keputusan untuk bersantai-santai bersama keluarga menikmati durian di dalam kebun yang mana pengalaman ini sukar diperoleh," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -raja-buah-di-kebun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068071 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list