CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1343|Reply: 3

Jambatan Tak Siap Lagi Tapi Dah Senget Akibat Mendapan Tanah

[Copy link]
Post time 19-8-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Penduduk Kampung Perigi Acheh di Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini melahirkan kebimbangan apabila satu struktur binaan jambatan baharu di kampung tersebut senget dan tenggelam akibat mendapan tanah, awal pagi kelmarin.


Difahamkan, binaan yang terjejas adalah struktur yang menempatkan saluran utiliti seperti kabel elektrik dan paip air untuk kegunaan penduduk kampung.


Penduduk Kampung Perigi Acheh di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor menunjukkan struktur jambatan baharu yang senget awal pagi kelmarin.




Seorang penduduk kampung, Zaili Chik, 70, memberitahu, dia mendengar bunyi kuat kira-kira pukul 5 pagi ketika sedang mandi.


“Bunyinya memang kuat, seperti ada benda jatuh, tetapi saya ingat tiada apa-apa yang berlaku. Namun apabila membuka kedai makan pada pukul 6 pagi, saya dapati struktur binaan itu telah jatuh dan senget akibat mendapan tanah


“Bimbang juga kerana jambatan baharu ini belum lagi siap tetapi sebahagian strukturnya sudah runtuh, mujurlah tiada mana-mana pihak cedera dalam kejadian ini.


“Kami berharap pihak berkuasa dapat ambil tindakan segera bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, dan lebih penting lagi keselamatan semua penduduk terjamin, termasuklah kanak-kanak,” katanya kepada pemberita.


Seorang lagi penduduk kampung, Jais Mata, 54, pula memberitahu, struktur yang runtuh itu bersebelahan dengan pangkalan nelayan Kampung Perigi Acheh, iaitu tempat dimana bot-bot nelayan disimpan.


“Terkejut juga apabila pagi ini melihat sebahagian jambatan ini sudah senget, rekahan batu juga dikesan dengan batang besi yang menyokong tiang struktur binaan tersebut juga telah bengkok.


“Selain faktor keselamatan, kejadian ini juga merisaukan kami yang mencari makan sebagai nelayan, kerana sekiranya struktur ini runtuh ia akan menghalang laluan keluar masuk bot nelayan,” ujarnya.


Jambatan baharu sepanjang kira-kira 300 meter dan setinggi 20 meter itu dibina bertujuan menggantikan struktur jambatan lama yang sebelum ini roboh pada tahun 2016.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2023 08:14 PM | Show all posts
cari kroni siapa?  dakwa jika ada unsur penyelewengan dan rasuah. bagaimana jurutera tidak membaca dengan tepat possibility yang ada berkenaan tapak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan BN UMNO kan. Biasalah projek2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2023 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat dan berhemah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034217 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list