View: 1767|Reply: 4
|
Dipukul Kerana Hantar Video Lucah Bukan Isu Bayar Gaji
[Copy link]
|
|
Pasir Gudang: Video tular memaparkan dua lelaki dipukul dengan cota bukan disebabkan isu pembayaran gaji.
Siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada ketidakpuasan berikutan perbuatan kedua-dua mangsa menghantar video lucah kepada seorang wanita.
Video tular mempamerkan dua warga asing dipukul dengan cota oleh rakan sekerja di Pasir Gudang. FOTO tangkap layar Instagram
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, ia bukan kejadian baharu sebaliknya berlaku pada 6 November tahun lalu dan video berdurasi seminit 17 saat tular di sebuah portal baru-baru ini.
"Mangsa adalah dua warga asing berusia 31 dan 40 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta.
"Mangsa dipercayai menghantar video lucah kepada seorang wanita tempatan menyebabkan dua lelaki warga asing berusia 26 dan 27 tahun yang juga rakan sekerja mangsa bertindak sendiri dengan memukul mangsa kerana perbuatan tidak senonoh itu.
"Mangsa yang dibuang kerja didapati tidak membuat laporan polis dan sudah pulang ke negara asal manakala dua suspek juga melarikan diri selepas menyedari kejadian tular," katanya menerusi siaran media hari ini.
Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat atau tular kejadian sudah lama berlaku.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dh naik lemak. Ni la jadi. Yg betul2 nak keje pulak yg jd mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
bahana warga asing RAJIN la sesangat(antar gambor lucah). |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat plk bangla/nepal rakam bideo lucah, ada org kata gurka ni bagus jd guard x prnh ngular mcm menipu la plk |
|
|
|
|
|
|
| |
|