CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2020|Reply: 18

Wanita Minta Cerai Sehari Selepas Kahwin, Berang Suami Tolak Kepala Ke Atas Kek

[Copy link]
Post time 18-8-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita memohon perceraian terhadap suaminya selepas hanya sehari selepas berkahwin.


Menurut sumber Dear Prudence Slate, wanita tersebut kecewa suaminya telah melanggar perjanjian iaitu tidak menolak kepalanya ke atas kek semasa majlis resepsi.


Perjanjian tersebut dibuat kerana wanita itu pernah mengalami serangan panik berikutan dia pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.


Gambar Hiasan




"Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mengenali saya dengan baik, dia tidak akan melakukan perkara tersebut. Namun, sebaliknya dia memegang belakang kepala saya lalu menolaknya ke dalam kek itu."


Tindakan suaminya itu disifatkan agak keterlaluan dan tidak dapat dimaafkan, namun ahli keluarganya meminta agar lelaki itu diberikan peluang sekali lagi.


Susulan itu, pengantin wanita tersebut memutuskan untuk meninggalkan majlis perkahwinannya dan nekad untuk memohon perceraian terhadap suaminya itu pada keesokan hari.


Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata mereka bersetuju dengan keputusan pengantin wanita berkenaan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
okay bagus. kurang ajar buat orang macam tu. dah la di hari bahagia. penat berhias cantik cantik. dihumban pulak muka kat kek
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 12:05 PM | Show all posts
bagus.. nampak sangat dia tak hormat permintaan ex-wife dia yang trauma.. ex-wife dia dah request tau..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok noted... next story
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 12:11 PM | Show all posts
Iols sokong! Baru kahwin tak tunggu hari esok nak tunjuk biadap kat wifey. Single lebih baik dikkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:37 PM | Show all posts
iols setuju. dah ada agreement dedua parties. ttiba breach. keji perangai toklaki dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Keputusan terbaik. Sengal lah laki cmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tak suka budaya tekap muka kat kek ni
Kurang ajar
Tambah2 makanan yg go wasted camtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 04:31 PM | Show all posts
Cerah masa depan ko. Jantan ceni jangan dibagi muka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 04:44 PM | Show all posts
bukan semua benda boleh buat gurau. bila gurauan tak mengena, kata orang lain cepat sentap
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 05:26 PM | Show all posts
Kot ada le lidi dlm kek tu tak ke naya kang jadi Kassim Selamat .. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 05:26 PM | Show all posts
kt youtube tu bnyk video buat mcm ni
sesetgh tu dia guna slice je
sesetgh tu bam teru ats kek
seriously unacceptable



Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 05:27 PM | Show all posts
KirazMevsimi replied at 18-8-2023 11:43 AM
okay bagus. kurang ajar buat orang macam tu. dah la di hari bahagia. penat berhias cantik cantik. di ...

Aiol pling pantang tngok kek d rosakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 05:28 PM | Show all posts
cik_ingeniare replied at 18-8-2023 12:05 PM
bagus.. nampak sangat dia tak hormat permintaan ex-wife dia yang trauma.. ex-wife dia dah request ta ...

Pdn muka c laki.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 05:28 PM | Show all posts
IvyGorgon replied at 18-8-2023 12:11 PM
Iols sokong! Baru kahwin tak tunggu hari esok nak tunjuk biadap kat wifey. Single lebih baik dikkkkk ...

Kiranya nak tunjuk dpn kwn2 yg dorg laki bini boleh joking, skrg nah ko sejibik cerai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 05:29 PM | Show all posts
jfq replied at 18-8-2023 02:27 PM
Aku pun tak suka budaya tekap muka kat kek ni
Kurang ajar
Tambah2 makanan yg go wasted camtu

Sma mcm dlu tred buang cheese kat muka org, iol pun x brkenan bila mknan go wasted mcm tu je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 05:30 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 18-8-2023 05:26 PM
kt youtube tu bnyk video buat mcm ni
sesetgh tu dia guna slice je
sesetgh tu bam teru ats kek

Pling truk klau kpla mngsa trhentak kuat ke ats prmukaan meja, boleh concussion.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 11:40 AM | Show all posts
aku rasa kat sana biasa jer ni. dalam movie pun selalu jer kita tengok.. dah meluas orang buat tak ada isu pasal membazir ker apa spt yang difikir oleh kebanyakan orang kita.. mereka melihatnya sebagai kegembiraan

cuma dlm kejadian ni lelaki ni tak cukup sensitif dengan permintaan perempuan.. no itu dlm kejadian itu maksudnya cerai, barangkali lelaki itu tak menyangka sampai mcm tu sekali... buat apa kawin untuk hari ini untuk bercerai besok harinya

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus ler angkat awal2 kalau dh nampak red flag, takkan nk tunggu dh gemok anak berderet baru nk cerai kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048331 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list