CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 0

[Perlis] Letupan depan sekolah, dua suspek ditahan bukan pengganas

[Copy link]
Post time 17-8-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode

LOKASI kejadian letupan di hadapan sebuah sekolah rendah di Padang Besar semalam. FOTO Ihsan Pembaca

Padang Besar: Polis menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam kejadian letupan di hadapan sebuah sekolah rendah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, suspek berusia 42 dan 30 tahun ditahan di kediaman masing-masing.

"Sebaik selepas kejadian dilaporkan, kita membentuk satu pasukan 'task force' bagi menyiasat kejadian.

"Hasil risikan dan siasatan yang dijalankan itu, kita menahan seorang lelaki disyaki sebagai suspek pertama kejadian itu di sebuah rumah di Padang Besar, 4.30 petang semalam.

"Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan masing-masing tujuh rekod jenayah serta dua rekod jenayah membabitkan dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shokri berkata, hasil soal siasat yang dijalankan, polis kemudian menahan seorang lagi suspek berusia 30 tahun dipercayai rakan suspek pertama di sebuah rumah di daerah ini 11 pagi, hari ini.

"Semakan mendapati suspek kedua turut mempunyai satu rekod jenayah membabitkan dadah.

"Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek itu juga menunjukkan mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, suspek utama kes itu direman sehingga 22 Ogos hadapan manakala rakannya pula akan direman esok.

"Berdasarkan siasatan, suspek pertama mengaku pembabitannya manakala suspek kedua pula dipercayai hanya menemani suspek pertama di tempat kejadian.

"Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek bagi mengetahui motif kejadian.

"Namun kita menolak kemungkinan kejadian dilakukan mempunyai unsur keganasan dan kedua-dua suspek juga bukanlah seorang pengganas berikutan letupan yang berlaku juga agak kecil," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Mohd Shokri berkata, tindakan pantas polis ini berjaya menyelesaikan kes tangkapan pertama dalam tempoh kurang 12 jam.

Semalam, satu bunyi letupan kuat berlaku di bahagian hadapan sebuah sekolah di Padang Besar dimana polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 7.30 pagi daripada seorang pengawal keselamatan sekolah yang memaklumkan bahawa terdapat bunyi satu letupan kuat di bahagian luar pagar sekolah berlaku sebelum itu.

Pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah itu memaklumkan bahawa mendengar satu bunyi letupan kuat di bahagian hadapan luar pagar sekolah pada jam sekitar 4 pagi sebelum membuat laporan polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... han-bukan-pengganas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.357597 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list