CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1172|Reply: 0

Lelaki Warga Emas Ceroboh Masuk Ke Rumah, Dua Beradik Parah Ditetak Dengan Kapak

[Copy link]
Post time 15-8-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki warga emas menetak dua kanak-kanak perempuan menggunakan sebilah kapak.


Kedua-dua mangsa dilaporkan cedera parah, namun kini dilaporkan stabil dan sedang dipantau oleh pihak hospital.


Manakala suspek telah berjaya ditangkap untuk tindakan lanjut.








Difahamkan, video kejadian itu tular sejak 20 Julai lalu di aman dua beradik berkenaan sedang menonton televisyen dan terdengar pintu rumah diketuk.


Salah seorang mangsa kemudian bergegas membuka. Sebaik saja pintu dibuka, suspek yang memegang kapak terus menolak pintu dan menetak mangsa.


Dalam keadaan kakinya yang tempang, suspek berjalan menuju ke arah mangsa kedua. Mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri tetapi gagal dan ditetak di bahagian kepala.


Cubaan suspek menetak mangsa buat kali kedua tidak kesampaian apabila mangsa berjaya melarikan diri dan terus keluar dari rumah.


Suspek yang berang kemudian melepaskan kemarahannya pada mangsa pertama dengan menetaknya di bahagian belakang badan sebanyak dua kali sebelum keluar dan mengejar mangsa kedua.


Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku di Kampung Huo Weirzhong, wilayah Dingying, Henan, China. Jurucakap polis Dingying mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.


Siasatan mendapati, suspek dan keluarga mangsa tinggal di perkampungan yang sama. Pada 8 Julai 2023, suspek berusia 65 tahun itu membawa sebilah kapak dan memasuk rumah tersebut untuk menetak dua beradik terbabit.


Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana dendam lama. Suspek mengambil kesempatan untuk masuk ke rumah mangsa ketika nenek mereka keluar untuk mengambil surat. – CARI


Sumber: The Reporter
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047611 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list