CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1982|Reply: 0

Mohd Shuhaily kini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman yang baharu

[Copy link]
Post time 15-8-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Shuhaily ketika Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti beberapa nama pegawai kanan berdasarkan kriteria ditetapkan sebelum Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dipilih sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman yang baharu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, nama Mohd Shuhaily dipilih olehnya dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, untuk dihantar kepada Menteri Dalam Negeri.

Menurutnya, pemilihan pegawai kanan untuk menjawat jawatan itu bukan sekadar mengira pengalaman, 'seniority' dan usia, tetapi juga membabitkan soal integriti.

"Pemilihan diuruskan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim dan tidak secara 'handpick', sebaliknya ada dua tiga empat orang lagi dinamakan.

"Selain kriteria-kriteria itu dipenuhi, seseorang yang dipilih untuk jawatan ini juga perlu ada 'soft skill' yang bagus. Jika tiada kemahiran ini juga tidak boleh.

"Alhamdulillah, Mohd Shuhaily memiliki prestasi yang baik serta berpengalaman, termasuk pernah dihantar berkhidmat selama tiga tahun di Amerika Syarikat (AS) malah beliau sebelum ini dipilih menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur, ia untuk memberikannya cabaran lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, hari ini.

"Kesemua 10 pengarah termasuk Timbalan Ketua Polis yang ada sangat memberi komitmen dan sokongan kepada saya untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan masyarakat.

"Sebagai contoh, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, ia hadir dengan bantuan serta buah fikiran kesemua pengarah ini. Saya seorang tidak akan mampu berbuat sedemikian," katanya.

Terdahulu, Mohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ baharu menggantikan Ayob Khan yang dilantik Timbalan Ketua Polis Negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... it-aman-yang-baharu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.065388 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list