View: 1513|Reply: 0
|
Mir pernah terfikir mahu bersara
[Copy link]
|
|
MIR bergelut bersama Honda. FOTO www.gpone.com
Madrid: Joan Mir mengakui pernah mempertimbangkan untuk bersara daripada saingan MotoGP tetapi kembali sedar dia akan menyesali tindakannya itu.
Pelumba Repsol Honda itu mengharungi kempen yang mengecewakan sejak beralih daripada Suzuki, di mana dia muncul juara MotoGP pada 2020.
Mir menduduki tempat ke-11 pada perlumbaan pembuka tirai tahun ini di Portimao namun apa yang mengejutkan ialah dia gagal menamatkan semua perlumbaan selepas itu manakala rakan sepasukan, Marc Marquez gagal menamatkan semua sembilan pusingan yang sudah diharungi.
Ditanya oleh DAZN sama ada dia pernah bercadang untuk bersara daripada sukan itu, Mir menjawab: "Ya, saya pernah mempertimbangkannya.
"Apa yang pasti, saya yakin pada masa akan datang saya akan menyesalinya. Pada hari saya memutuskan perkara itu, saya perlu yakin bahawa pada masa hadapan saya tidak akan menyesalinya.
"Ketika ini saya sedar bahawa sekarang bukan masanya untuk bersara kerana saya akan menyesal, jadi saya perlu meneruskannya."
Mir mengalami kecederaan di bahagian tangan selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkannya terpaksa melupakan dua pusingan perlumbaan, dan apabila kembali, dia mendapati jentera Honda sangat tidak kompetitif.
"Kami tidak mampu menang banyak kerana situasi yang kami hadapi ketika ini adalah rumit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rfikir-mahu-bersara |
|
|
|
|
|
|
| |
|