CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2150|Reply: 4

Bekas Isteri Aziz M.Osman Buka Mulut- Rasa Terlalu Tenang Lepas Bercerai, Tak Nak Komen Tentang Penyondol

[Copy link]
Post time 15-8-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Bekas isteriAziz M. Osman, Puteri Lily Lokman akhirnya membuka mulut berhubung isu perceraian mereka.


Puteri Lily berkata, keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik yang diambil oleh dia dan Aziz.


Akuinya mereka berdua menjadi lebih tenang selepas disahkan bercerai.


Foto: IG




"Bila tiada sefahaman, lebih baik perpisah secara baik. Mungkin kami berdua gagal sebagai pasangan hidup, namun sebagai kawan insya-Allah kami baik.


"Tiada orang yang inginkan perceraian, kalau berlaku perceraian itu akan menjadi fasa terendah dalam hidup mereka.


"Ini (cerai) adalah keputusan terbaik untuk anak-anak juga, kalau ibu bapa ada konflik itu tidak bagus untuk anak-anak.


"Apabila kami berdua sudah bercerai, alhamdulillah kami rasa tenang. Anak pun okay. Anak-anak juga dilihat sangat berlapang dada menerima keputusan ini,"katanya menerusi temu bual Melodi.







Puteri Lily yang juga seorang penerbit berkata, dia sudah pun berusaha yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu.


"Bila hidup ini rasa I’m done dan sudah berusaha buat yang terbaik, rasa sudah sampai limit, dah tak nampak jalan untuk selesaikan lagi.


"Saya sudah bersedia dari suduh mental dan fizikal barulah kami teruskan untuk bercerai. Selebihnya tidak boleh dikongsikan kepada umum apa sebab terperinci.


"Dugaan ini sebenarnya mematangkan saya, semua orang mahu pertahankan rumah tangga mereka, dah cuba sehabis mungkin. Tapi bila ada pula topik lain, saya rasa sudah, cukup!


"Tempoh 13 tahun sebenarnya agak lama untuk kami bertahan, ia bukan mudah juga sebenarnya. Alhamdulillah, Allah permudahkan sampai di sini.




  



Sementara itu, disoal adakah berpisah disebabkan wujud orang ketiga, Puteri Lily berkata dia enggan untuk mengulas lanjut kerana sudah berjanji dengan anak sulungnya, Puteri Nur Azzahra.


"Saya tidak boleh komen banyak tentang isu ini kerana sudah berjanji dengan anak sulung saya. Malah ibu bapa saya pun tak tahu kami akan cerai, mereka sangat terkejut.


"Tiba-tiba beritahu ayah saya esok paginya mahu cerai. Dia pun tak sangka, sebab saya bukan jenis yang suka cakap negatif atau burukkan sesiapa.


  



Terdahulu, Puteri Lily menerusi hantaran di Instagram Stories memaklumkan dia sudah pun bercerai dengan Aziz sejak bulan lalu.


Menurut Puteri Lily, pendedahan itu dibuat bagi mengelakkan timbulnya fitnah antara dirinya dengan bekas suami di kemudian hari.


Untuk rekod, Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Aziz.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 12, dan Putera Muhamad Aryan, 5. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu.
Yg tkesan ank².
Kalo lg healthy bserai,serai aja la.
Jgn dok bcakar tp xserai² sbb alasan kesian ank².
Tp tu la..wiring org lain² nohh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:15 AM | Show all posts
x terbayang cmana la sorg wanita tu nk hidup sendiri slps bcerai.. keputusan yg sgt ssh lg2 ada ank2.. moga yg baik2 la utk dia nie..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:59 AM | Show all posts
bagus laaa tu...move on jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:45 AM | Show all posts
watevarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.096594 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list