CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7999|Reply: 115

Doktor Melenting Marah Pesakit Sebab Panggil 'Kak' - "Ini Bukan Pasar Malam"

[Copy link]
Post time 15-8-2023 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Wartawan Sinar Harian mendakwa seorang doktor di sebuah klinik swasta berlagak dengan gelaran dibawanya sehingga memarahi pesakit kerana memanggilnya dengan gelaran 'kak'.


Ceritanya, dia ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami keracunan makanan.




Gambar hiasan




Dia kemudian diarah ke bilik rawatan untuk proses memasukkan air yang mengambil masa kira-kira 30 minit.


Sepanjang 30 minit itu, dia melihat doktor berkenaan memanggil beberapa pesakit lain untuk didiagnosis dan dirawat.


"Salah seorang pesakit itu telah memanggil doktor yang merawat dengan gelaran ‘kak’ ketika memberitahu sakit yang dialaminya.


"Yang mengejutkan adalah respons diberi doktor berkenaan terhadap panggilan ‘kak’ tersebut.


"Doktor ini dalam nada yang agak keras berkata: 'Bukan kak...doktor. Kita bukan berada di pasar malam'," katanya.


Tambahnya, walaupun tidak dapat melihat reaksi muka pesakit itu, tapi tentunya dia menahan malu dimarahi seumpama itu.


Tidak pasti sebab pesakit itu memanggil ‘kak’, mungkin dia mahu lebih mesra atau mungkin juga dia jarang berdepan dengan doktor sehingga menyebabkan tersasul dengan panggilan berkenaan.


"Namun besar sangatkah gelaran doktor sehingga tergamak memarahi pesakit hanya kerana tidak dipanggil doktor.


Adakah gelaran dunia doktor ini lebih penting daripada mengecilkan hati insan lain yang merupakan satu dosa. Bukan boleh bawa mati pun!" ujarnya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Misi pon idok le aku panggey kak.
Ini kn dukturrr..
Depa pon x address kita kak.
Mesti puan/cik.
Exception kt misi²/MA klinik desa/pekan kecik.
Yg tuh sbb ank/cucu/menantu org kg sendri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:14 AM | Show all posts
kat dalam kubur malaikat tak tanya nak panggil ko kak ke doktor ke dato ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:21 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 15-8-2023 11:12 AM
Misi pon idok le aku panggey kak.
Ini kn dukturrr..
Depa pon x address kita kak.

kalau pegawai kesihatan lelaki bukan doktor pakai baju putih tu kita panggil ape? bukan doktor bukan nurse.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada doctor india kat hosp serdang cakap guna aku-kau je dgn ayah I. Maybe direct translation i-you. Yg doctor melayu ber-'awak'². Panggil pakcik je kan senang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau panggil adik org tak marah punya...cuba lah..
Ni ko muka tua, sebok nk panggil org kak..ramai org gini aku tgk...xsedar diri betul..
Aku kalau nk panggil org kak mmg tgk muka dulu..yg layak panggil makcik, aku panggil kak..bg depa happy sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka formaliti kalau berurusan rasmi ni. Masing2 auto jadi profesional. Mengada2 lah panggil doktor abang kak bagai. Bila masa dia jadi akak ko.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 11:33 AM | Show all posts
nw111 replied at 15-8-2023 11:26 AM
Kalau panggil adik org tak marah punya...cuba lah..
Ni ko muka tua, sebok nk panggil org kak..ramai  ...

betul2 aku pon nk panggil kak aku tgk muka org dlu
kalo xleh nk agak2 kak ke adik ke aku panggil miss je
dan aku pon xsuka muka lagi tua dari aku tp duk akk akk

even kt ofis yg umur 28 27 29 tak yah nk kak2 dgn aku hahah
aku baru 32 xyah nk kakak2 sgt kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu. Ko sakit pi klinik nak jumpa doktor bukan pi jumpa kakak ko. Belajar la address orang dgn betul dan sopan. Benda simple pun tak boleh fikir
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:35 AM | Show all posts
alahh..bdk kecik pn tau la pegi klinik mg pggl doktor..lain la ko pggl yg bhgn register tu kak..idok le dia marah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:36 AM | Show all posts
ni mesti patient tu indon, ye la of coz doc tu sentap., pepenat dapat title doctor di panggil kakak...maybe dalam hati doc tu kata " ah aku bukan kakak ko la" hahaha...


anyway its a protocol, ikutla personaliti doctor tu kdg x kisah kadang take it serious...its a profession so kenalah accordingly acknowledge depa as doc.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Kau ingat comel ke panggil org kak kak kak.. perasan muda belaka.
Ramai je bengang sebenarnya cuma x tergamak nak marah je.
Org benci tau tak kau panggil2 org kak lagi2 kalo yg jenis gundu berlengas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:40 AM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 15-8-2023 03:25 AM
Ada doctor india kat hosp serdang cakap guna aku-kau je dgn ayah I. Maybe direct translation i-you.  ...

Tak sesuai, kalau dengan pesakit yang lebih tua kan lebih molek panggil encik/pakcik/puan/makcik, ada doktor panggil haji/hajjah kalau pesakit2 warga emas ni.

Ada ke nak aku/kau/awak2.


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:43 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 15-8-2023 03:21 AM
kalau pegawai kesihatan lelaki bukan doktor pakai baju putih tu kita panggil ape? bukan doktor buk ...

Tu MA medical assistant atau zaman dulu orang panggil dressar.

Tapi kena tengok juga, ni jam dah ramai misi lelaki.

Aku kalau misi lelaki ni aku address as nurse jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
"TUAN DOKTOR.....saiya yg hina ini...mahu jumpa TUAN DOKTOR"-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 15-8-2023 12:06 PM

Penah sekali kat bank, cashier ni dah beruban....dia panggil aku kak...cashier india sbelah dia selalu psnggil aku puan.....bkn aku nk meriak....dah lah dia tua dari aku...lg dua tiga thn nk pencen, brrani panggil aku kak....

Aku terus jwab...."bila lak saya jd kakak awak?...". Dia pun kata- alamak, hbis nk panggil apa?....aku kata, "bank ni big organisation bkn pasar mlm u nk panggil pcik, mcik, atok nenek.....takkn u tak tau nk panggil customer u apa ...u kena pi training lg, baru blh dok depan ni....".  Cashier india sebelah dia tunduk tak angkt² kepala mgkin kesian kan dia.....

Nasib baik aku tak sambung lg - patutle awak ni sampai nk pencen pun org bg dok depan je.....klu tak, kemurungan dia

Kes aku ni dulu, lama sblm covid & sblm bank kurangkn pekerja....waktu tu jarang org tua jd cashier.....tapi dia je lah cashier yg aku jumpa umor dah nk pencen dok depan....selalunya bebudak muda yg baru join je boss letak kat depan... Dah pandai buat keja, promote dok brlakng....

skrg ni kita blh le jumpa pcik mcik yg nk pencen dok kat depan...sbb nk kurangkn pekerja, yg tak amik vss tu, yg tanak pencen awal....boss letak je dorang kat depan...



Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:54 AM | Show all posts
doctor tu tgh stress ke...takkan lah benda kecik mcm tu nak marah2...tegur elok2 tak bole ker..,kurang adap punya doctor...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:58 AM | Show all posts
dlm suasana public, sila panggil mana2 manusia dgn panggilan terhormat...ini menunjukkan adab dan tatasusila di tempat awam...

bukan rugi ape2 mempunyai adab yg tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 12:29 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-8-2023 11:31 AM
Aku suka formaliti kalau berurusan rasmi ni. Masing2 auto jadi profesional. Mengada2 lah panggil dok ...

Betul tu. Biarlah professional. Ni kat ofis pun nak panggil kak. Kita not related pun.
Kalau kat pasar malam pulak, ada penjual panggil kakak padahal penjual lebih tua drp pembeli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064012 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list