CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 1

"Betul-Betul Mencabar," Siti Nordiana Bayangkan Berada Dalam Hubungan Toksik

[Copy link]
Post time 15-8-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Siti Nordiana tampil dengan karya baharu berjudul Arah Cinta hasil ciptaan sepenuhnya komposer Ikhwan Fatanna.


Nana meletakkan kepercayaan penuh kepada Ikhwan untuk menghasilkan buah tangan terbaharu buat peminat ini.


Foto: IG




"Saya sebenarnya bekerjasama dengan komposer lain sebab memang tidak ada masa untuk buat lagu terbaru. Untuk buat lagu tak boleh buat dalam tempoh yang singkat untuk mendapatkan idea.


"Saya juga perlu cepat untuk keluar dengan karya baharu, kalau nak tunggu idea sendiri itu memang akan ambil masa sedikit. Jadi, saya mempertaruhkan karya komposer lain sebagai single sendiri," katanya kepada mStar.


Tambah Nana, sebagai seorang penyanyi dia juga mahu memberikan kepelbagaian dan menerusi sentuhan Ikhwan ini ia dapat membuktikan kemampuan vokal tersendiri.




  



Bercakap lanjut, lagu Arah Cinta ini betul-betul menguji vokalnya menerusi susunan muzik yang memerlukan dia menyanyi dengan nada tinggi.


"Saya mahu cuba pelbagai sentuhan untuk melihat bagaimana sambutannya. Saya ambil keputusan untuk dapatkan khidmat komposer lain.


"Keunikan single kali ini, ia menguji vokal saya. Mungkin sudah lama orang tak mendengar saya nyanyi lagu yang power ballad. Jadi, dalam lagu ini, Ikhwan letakkan dinamik dalam lagu.


"Lagu ini agak mencabar buat saya," ujarnya.




  



Berkongsi tentang penghayatan dalam lagu ini, Nana mengambil inspirasi sekeliling untuk mendalami kisah yang cuba disampaikan oleh komposer.


"Semua idea lagu ini adalah dari Ikhwan yang dibuat berdasarkan kisah perhubungan toksik.


  



"Saya cuba bayangkan perkara itu kerana di sekeliling saya juga terdapat kisah seperti ini. Dengan cara itu, saya dapat mendalami ketika menyanyi," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 08:44 AM | Show all posts
alahai penyanyi leman ni shuhh jauh sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.175779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list