View: 7116|Reply: 3
|
“Dulu Saya Masih Jahil”… Saiful Apek Kini Lebih Yakin Kongsi Nasihat, Berdakwah Cara Komedi
[Copy link]
|
|
Pelawak, Saiful Apek kini tidak lagi mahu mengejar populariti sebaliknya lebih fokus mendekati peminatnya di media sosial.
Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohammed, 54, bagaimanapun berkata perubahan yang berlaku pada dirinya kini kerana ingin memberikan kebaikan dan manfaat kepada masyarakat.
“Mungkin ada yang perasan ke tak waktu saya berlakon sebagai makhluk asing sebagai Zoragas, saya makhluk asing pertama Islam sebab berikan salam, begitu juga dengan adiwira Cicakman sebab berikan salam... itu sebenarnya saya lakukan secara tak langsung pada awalnya.
“Kalau kita lihat sekarang ini banyak para ulama juga menggunakan medium komedi untuk menyampaikan dakwah, banyak kata-kata nasihat yang saya berikan itu datangnya daripada saya dengar, melihat dan alam serta pergaulan orang ramai juga.
“Saya tidak belajar mahupun berguru daripada mana-mana mahupun menggunakan rujukan buku tertentu, ia datang secara semula jadi hasil daripada pengalaman yang saya lalui sebelum ini,” kata Saiful.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Yihhhh meols rengsa dgn si gila isim ni. Terlalu Live TikKetok si gila ni, asyik merempannnnnnn aje. Meluat betul tgk kan. Terpaling alim lah kiranya. Terpaling warak, terpaling wali, terpaling ustaz, semua kasi ke dia. Si gila ni, kalau ada org comment2 Live dia, tak kasi salam, nnti dia memekak, merempan. Start lah tanya "Eh so and so, kau ni Islam ke bukan? Kasilah salam dulu".
Lepas tu, kalau dia kasi salam, org tak jwb dkt Live dia, dia merempan jugak. "Eh, takde org jwb salam saya? Kamu ni Islam ke bukan"
YIHHHHHH RENGSA!!! Lepas2 tu, kalau meols nmpk Live dia, meols cepat2 scroll. Kuasa nak dengar suara dia. Annoying nak mampos. Extreme nau2. Pegi join ISIS sanalah! Mekakkkk merempan je kerja dia |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 15-8-2023 12:32 AM
Yihhhh meols rengsa dgn si gila isim ni. Terlalu Live TikKetok si gila ni, asyik merempannnnnnn aje. ...
Dia buat live dgn berkaca mata dan hody hook dia? Muka rempit dadah....nak berdakwah. |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 15-8-2023 05:41 AM
Dia buat live dgn berkaca mata dan hody hook dia? Muka rempit dadah....nak berdakwah.
Kadang dia tak tunjuk muka dia. Dia cuma brckp2 je sambil camera dia menghala ke screensaver laptop dia lah, menghala pokok2 lah, mcm2 lah.
Geli nengokkan. Terpaling waraqqqq. Semua yg comment tu salah lah! Dia je yg betul plus alim. Tah knp tah si bengap2 penjilat dia dok follow, meols taktau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|