|
Walaupun mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Syafiq Kyle, pelakon Nabil Aqil memilih untuk tidak bertanyakan mengenai pembatalan pernikahan bapa saudaranya itu dengan Mimi Lana.
Katanya, dia mengakui terkejut dengan berita tersebut namun menghormati keputusan Syafiq dan keluarga.
Dia yakin, Syafie mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakan tersebut.
"Sebaik sahaja mendapat tahu mengenai pembatalan majlis akad nikah dan resepsi Syafiq menerusi kumpulan WhatsApp keluarga, kami sangat terkejut.
"Bagaimanapun, kami memahami situasi bapa saudara dan keluarganya serta memilih untuk tidak bertanyakan puncanya.
"Kani hanya menunggu keluarga Syafiq untuk menjelaskannya." katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama rantaian, Hawt Fellas, di DXN Cyberville, di sini, petang tadi.
Diminta pandangannya mengenai bakal ibu saudaranya itu, bekas finalis Hero Remaja 2017 itu menyifatkan Mimi seorang yang menyenangkan.
"Mimi seorang yang 'cool' dan 'chill'. Terasa seperti kami sebaya.
"Cuma, kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja," ujar pelakon drama Segenap Takdir ini.
Jumaat lalu, tular mesej yang memaklumkan majlis pernikahan pelakon filem Pusaka itu dibatalkan pada saat akhir atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Sumber: BH Online |
|