CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2940|Reply: 4

Suri Rumah Kecewa Tidak Boleh Mengundi, Identiti Digunakan Individu Lain

[Copy link]
Post time 12-8-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Kulim: Seorang suri rumah terkejut apabila dimaklumkan terdapat individu lain telah menggunakan kad pengenalannya ketika dia mahu mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mahsuri, di sini hari ini.


Menurut Rozana Mokhtar, 35, dia ke pusat mengundi tersebut di saluran tiga pada pukul 8.45 pagi tadi.


ROZANA Mokhtar menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas ada individu lain mengunakan identitinya untuk mengundi di pusat mengundi SK Taman Mahsuri di Padang Serai, Kulim.




Katanya, dia kemudian menyerahkan kad pengenalan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di situ, namun petugas itu berasa pelik dan memaklumkan sudah ada orang menggunakan kad pengenalannya untuk mengundi.


“Saya menjelaskan kepadanya bagaimana ia boleh berlaku sedangkan saya belum mengundi dan menunjukkan kepadanya jari yang masih belum dicelup dakwat,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Rozana berkata, pegawai terbabit kemudian memintanya membuat laporan polis namun dia tetap tidak dapat mengundi.


Jelasnya, dia dan kakaknya menukar alamat baharu pada November tahun lalu dan ketika membuat semakan daftar pemilih secara dalam talian di MySPR, semua maklumat didapati tepat.


“Saya agak kecewa kerana ini merupakan kali pertama saya mengundi di tempat baharu kerana sebelum ini saya sudah lebih tiga kali mengundi di kampung di Gunung Semanggol, Perak dan tidak berhadapan sebarang masalah.


“Saya sudah menetap di Padang Serai ini sejak 10 tahun lalu dan kecewa tidak dapat mengundi hari ini di tempat baharu,” katanya.


Tambahnya, dia telah membuat laporan di Balai Polis Padang Serai untuk tindakan lanjut




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau macam tu pengundian x sah ke? Buka kertas siasatan tutupnya belum tentu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah wah! Mengidam sgt nk kedah!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kertas undi kita kan ada nombor keratan, boleh cek kertas tersebut dan boleh dikira sebagai undi rosak, alang2 dia dah tak boleh mengundi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac: Kertas undi kita kan ada nombo ...
kertas undi memang ada nombor, tapi tak der record pon secara individu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.213733 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list