Pihak berkuasa menahan gadis yang cuba menyeludup pil kokain bernilai lebih £30,000 (RM174,514) dengan menyembunyikannya di dalam alat sulit.
 Pelaku ditahan ketika melalui pemeriksaan kastam di lapangan terbang.
Daily Star melaporkan, pelaku berusia 20 tahun itu memasukkan 11 kapsul dadah Kelas A ke dalam kondom sebelum ia disorok ke dalam farajnya, serta 67 kapsul lain yang ditelan.
Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza di Buenos Aires, Argentina sebelum penerbangannya ke Barcelona, Sepanyol.
Menurut pihak berkuasa, gadis itu memiliki pasport yang baru dikeluarkan dan kelihatan gugup ketika melalui pemeriksaan kastam.
Selepas ditahan, dia dibawa ke Hospital Eurnekian Ezeiza bagi menjalani proses untuk mengeluarkan dadah daripada alat sulitnya.
Sumber: mStar |