CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6946|Reply: 18

[Tempatan] Ringgit kembali stabil, index inflasi negara antara yang terendah?

[Copy link]
Post time 11-8-2023 01:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 12-8-2023 01:42 PM

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, mengambil petunjuk daripada mata wang China, yuan, yang meningkat ketara susulan lebih banyak sokongan daripada People’s Bank of China.

Dolar AS juga kekal kukuh menjelang data inflasi AS dikeluarkan lewat hari ini, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit bergerak dalam julat kecil hari ini berbanding dolar AS.

Beliau berkata, ekonomi China terus mendapat perhatian susulan penguncupan data perdagangan dan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang negatif baru-baru ini.

Ini menunjukkan China memerlukan rangsangan ekonomi untuk berkembang pada kadar mampan bagi separuh kedua 2023, katanya.

Malam ini, tumpuan akan diberikan kepada IHP AS yang dijangka meningkat sedikit kepada 3.3 peratus pada Julai daripada 3.0 peratus pada bulan sebelumnya, manakala IHP teras berkemungkinan kekal pada 4.8 peratus.

Dalam beberapa keadaan, nampaknya terdapat kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang memerlukan dasar monetari yang akomodatif. Walau apapun keadaannya, situasi penghindaran risiko boleh membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk dolar AS,” katanya kepada Bernama.




Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 27 Users voted

Poll is finished

12.50% (5)
30.00% (12)
2.50% (1)
32.50% (13)
22.50% (9)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 11-8-2023 01:56 AM

Aku sekarang ni kalau nak beli barang memang beli Made in Malaysia. Tak beli barang import sebab takut inflasi kita tinggi. Waima sabun mandi dan detergent pun cari yang kilang dari Malaysia.

Teringat zaman Rupiah jatuh...sebab diorg bergantung semuanya dari luar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam ke pasaraya,harga biji rempah Naik banyak...tu benda kecik kat ramai orang ,biji kopi Dan banyak barangan pengguna yg selalu beli pun dah meningkat..memang kena betul2 memilih ..buy local
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2023 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kata nilai Ringgit makin jatuh ke...tiba2 mengukuh pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 08:25 AM | Show all posts
noor2 replied at 11-8-2023 07:10 AM
Bukan kata nilai Ringgit makin jatuh ke...tiba2 mengukuh pulak

ringgit ada kaitan dengan ekonomi china sbb china antara negara kita eksport terbanyak. kalau ekonomi china pulih, ringgit akan mengukuh, sebab china beli produk malaysia.

negara2 rakan dagangan salah satu faktor menentukan ekonomi sesebuah negara sebab tu xboleh berharap satu kuasa besar ekonomi kena diversify.

terima kasih ds najib kerana zaman dia hubungan diplomatik malaysia china kukuh sampai difitnah jual malaysia ke china kesan hubungan ds najib dan china sampai ada pemimpin negara jiran flight ke china apabila pengumuman nak buka pelabuhan di melaka. sbb china banyak lalu selat melaka kalau xmasuk port negara jiran tentu ada kesan. negara jiran sampai jadi mesra china sebelum ni mesra amerika. hebat tak hebat permainan politik diplomatik ds najib.

kalau pelabuhan tu siap dan ekonomi china pulih insya allah ada benefit untuk ekonomi negara. cuma pelabuhan2 local lain akan terasa lah sbb china lebih focus pada selat melaka. banyak faktor kenapa melaka port gagal.

dulu kan nak buat terusan thailand canal , ada dua faktor menyebabkan tak jadi, pertama dulu ada perjanjian thailand dengan british, kedua feasible jimatkan 3 hari perjalanan tak berbaloi berbanding terusan suez. tak ingat berapa masa dapat jimat lalu terusan suez.


berbalik kepada ringgit akan mengukuh atau lemah? we wait and see economic news atau forecast bank .

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2023 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-8-2023 08:25 AM
ringgit ada kaitan dengan ekonomi china sbb china antara negara kita eksport terbanyak. kalau ekon ...

Masalahnya jgnla claim ringgit mengukuh la...akan kukuhla...padahal tetap rakyat beli barang 3 dah cecah RM 50...dekat2 nk PRN ni claim itu ini semua yg elok2..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-8-2023 07:10 AM
Bukan kata nilai Ringgit makin jatuh ke...tiba2 mengukuh pulak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko banding kan negara currency yang lebih teruk dari RM
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-8-2023 08:25 AM
ringgit ada kaitan dengan ekonomi china sbb china antara negara kita eksport terbanyak. kalau ekon ...

patut la king kong...jaga bebenor rakyat China kt Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 11-8-2023 09:39 AM
Ko banding kan negara currency yang lebih teruk dari RM

memang la kena cam tu...sok kan prn.....cam bola..takkan nak ajak lwn MU..misti cari papua..boleh menang 10-0.....hebat la kita...naaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 03:33 PM | Show all posts
noor2 replied at 11-8-2023 08:45 AM
Masalahnya jgnla claim ringgit mengukuh la...akan kukuhla...padahal tetap rakyat beli barang 3 dah ...



kasihan kaka tengok umno, kena hina begitu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tngok Ringgit meningkat ke atau tidak jgn compare dgn USD...tu bukan liga kita...please compare the movement dgn regional currency seperti Sgd, Thai Baht dan Rupiah... sekarang ni level kita kt mana? dgn Sgd dah kalah, dgn Baht dah kalah... please la tolong jaga maruah  negara wahai gabenor dan jaga finance minister... berbuih dh mulut iollz ni pesan... sampai abang jamil mampos iollz dok ulang2 benda yg sama klau cerita bab currency... yg Baht tu salah satu cara kita nk counter balik nilai adalah kawal kedai2 makan tomyam...duit kita bnyk kena jual bila depa exchange semula profit dari RM ke baht... sebab tu nilai kita makin turun baht makin naik... pelancong Malaysia ke sana satu hal jgak, tp punca utama dia kedai tomyam...dh la mlas la iollz nk ckp dh,, menteri kewangan bkan nk dengar pun...dia sibuk berkempen
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 04:36 PM | Show all posts
yg pasti klu pergi beli barang, boleh katakan ada produk yg naik melebihi RM2/unit. kita nie dah biasa beli barang dapur dan keperluan mmg terasa perbezaan itu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih Wak Zahid
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 11-8-2023 01:55 AM
Aku sekarang ni kalau nak beli barang memang beli Made in Malaysia. Tak beli barang import sebab tak ...

Jom kita senaraikan produk keluaran malaysia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 11-8-2023 04:25 PM
Nak tngok Ringgit meningkat ke atau tidak jgn compare dgn USD...tu bukan liga kita...please compare  ...

Kebanjiran pekerja2 asing mcm bangla pun sama kan sbb aliran duit RM kuar sbb dorg hantar pulang duit ke negara dorg. Dorg bkn berbelanja di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 2-9-2023 09:48 AM
Jom kita senaraikan produk keluaran malaysia..

Yang aku guna.

Detergent : Kuat Harimau
Ubat Gigi: Zaitun dan Smile On (Zhulian)
Sabun Mandi : Safi atau fruitale.


Kicap : Kipas udang, Jalen atau Tamin
Sos : Aminah Hasan atau Jalen


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok 4.65 lagi mengukuh amender...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.687523 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list