CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6066|Reply: 36

Shuib Terpaksa Heret Netizen Tabur Fitnah Ke Mahkamah

[Copy link]
Post time 10-8-2023 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Pelawak Shuib sudah memfailkan saman terhadap seorang lelaki dikenali sebagai John Dihani atau nama sebenarnya Mohd Johan Dihani Mohd Zaini yang didakwa memfitnahnya di laman sosial.


Shuib atau Shamira Muhamad, 39, berkata, tindakan tersebut diambil susulan fitnah yang dibuat bukan sahaja menjejaskan nama baiknya tetapi melibatkan maruah keluarga serta perniagaan diusahakan.


Shuib diiringi peguam yang mewakilinya.



"Saya menerusi peguam telah memfailkan saman kepada seorang individu yang memfitnah saya melalui media sosial.


"enggunaan media sosial secara meluas menyaksikan penyebaran fitnah dan berita palsu sehingga menjatuhkan reputasi pihak-pihak tidak bersalah.


"Saya percaya tanggungjawab menentangnya bukan hanya terletak pada individu dianiaya tetapi semua masyarakat," katanya.


Dalam pada itu, Shuib berkata dia sudah bersedia untuk turun naik mahkamah bagi berdepan kes tersebut demi menegakkan kebenaran serta membersihkan namanya.


"Ketika saya buat sidang media Julai lalu, saya pernah menyebut nama dia... Saya sudah bersedia dan ada masa untuk dia, memandangkan dia yang minta (disaman).


"Saya akan adakan masa itu, sebab dia yang mahu," ujarnya.


Sementara itu, peguam Syed Afiq Syed Albakri berkata, pada 4 Julai lalu, John Dihani ada membuat permohonan maaf kepada Shuib namun mengubah kenyataan selepas itu.


Ia susulan pada 10 Julai lalu, John Dihani yang juga defendan kes tersebut menyatakan dia tidak bersetuju dan menafikan semua fitnah yang dikeluarkan.


"ihak kami memfailkan saman terhadap defendan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan akan menyerahkan writ saman dan penyata tuntutan kepada defendan melalu peguamnya.


"4 Julai lalu dia buat permohonan maaf tapi 10 Julai pihak kami terima surat daripada peguamnya menyatakan dia tak setuju dan menafikan semua fitnah yang dikeluarkan," katanya.


Pada 4 Julai lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan dengan ikutan Freemason.


Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa Allahyarham isterinya, Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin.


Walau bagaimanapun, salah seorang individu yang memfitnah Shuib iaitu Zulhairi Abu Othman, 35, telah bersemuka dan tampil membuat permohonan maaf.


Manakala John Dihani pula tampil membuat permohonan maaf tidak lama selepas itu menerusi satu hantaran di media sosial.


Dia mengakui kesilapan berkongsi kandungan tanpa fakta tepat dan mengakui tindakannya itu memburukkan keadaan. Bagaimanapun, Shuib bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap John Dhani kerana enggan tampil bersemuka.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 02:17 PM | Show all posts
Kalau iols lah, iols let go ajelah, dah kau retis, siap sedialah org ckp mcm2. Iols tetap geli dengan soeb ni, too try hard tp tetap peghak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg tak favor sueb!!,, tp bab bckp sesuka hati di med soc ni mmg wajar ambik tindakan.. Org bukan artis pun ramai je yg kena.. Ada je yg fail kan saman, cuma x didendangkan..

Makanya si pika yg kena saman dgn sueb ni,,, goodluck!!  X mustahil ramai je kene kes ke cenggini...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaa geram nya pasal smpi typo aku
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok je dah tau siapa yg menang kes ni .  Johan dihani tu kalau stalk ig dia semua sembang pasal teori konspirasi , freemanson, yahudi bla bla bla..pasal arwah sarah dia tuduh soeb terpaksa korbankan sarah sbg bahan uji kaji utk ibu mengandung time covid dulu demi mengikut telunjuk freemason... Tuduhan ni memang biadab pun.. macam bodoh je , freemason mana nak ambik soeb jadi ahli dia ... Tengok pun tak meyakinkan.. lepas tu siap berbalas2 komen dgn follower.. soeb DM dia banyak kali ajak jumpa , dia tak reply pun.. seen je .. ko mencabar sangat kan, haa padan kena saman.... Beza dengan mamat lg sorang tu. Soeb.call ajak jumpa dia terus kata ok ..pastu mintak maaf n tau diri tu salah ..kan dah setel... Si johan ni kalau merendah diri hari tu mintak maaf konpom kes ko pun soeb maafkan jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 10-8-2023 02:32 PM
Tengok je dah tau siapa yg menang kes ni .  Johan dihani tu kalau stalk ig dia semua sembang pasal t ...

Johan ni yang jumpa bermask bagai minta maafkan? Sbb tgk ritu IG dia. Lepas kes jumpa soib ritu dia trus senyap.
X tau lak dia tarik balik kenyataan dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nk reda kisah hal si shuib ni. Semak betul la. Dah kahwin baru dah pun. Dok diam2 boleh dak. Ada ke tiber je ada content dia pi tgk budak muka iras siti sarah. Padahal dah kahwin baru. Creepy sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka si johan tu. Sembang kencang je. Bodoh tau sape yg kata ala lupakan ajelah….
Mak sokong je si mira ni saman si johan woun mak x kosser nak tgk muka heolls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 02:52 PM | Show all posts
Suci_Murni replied at 10-8-2023 02:38 PM
Johan ni yang jumpa bermask bagai minta maafkan? Sbb tgk ritu IG dia. Lepas kes jumpa soib ritu di ...

bukan yg pakai mask tu, yg tu dah setel, yg Soeb nak saman ni nama John Dihani, gi buat lawatan kerja kat IG heols, search nama yg iols bagi tu...

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Suci_Murni replied at 10-8-2023 02:38 PM
Johan ni yang jumpa bermask bagai minta maafkan? Sbb tgk ritu IG dia. Lepas kes jumpa soib ritu di ...

Bukan. Tu zulhairi. Dah setel sbb dia mengaku salah n mintak maaf. Posting zulhairi ni kat FB. Johan tu posting dia buat kat IG
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik nak ikuti kes. Apa benda dan bukti kesannya pada shahmira dan berapakah gantiruginya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 tarik permohonan maaf?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 10-8-2023 02:32 PM
Tengok je dah tau siapa yg menang kes ni .  Johan dihani tu kalau stalk ig dia semua sembang pasal t ...

Oh kisahnya. Tak pernah minat atau nak ambik tau psl soeb tp melampau sgt la tuduhan2 tu. Sesuaila kena saman.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:00 PM | Show all posts
iols tak berkenan dengan soeb

tapi dalam bab ni iols sokong dia

sebab geng antibek, taik konspirasi ni memang patut disaman
kerja menyebar fitnah ja
sesuka hati cerita hal org dah takde
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
iols tak suka soeb tapi kali ni iols sokong tindakan dia..padan muka nerakazen sukahati nak tulis apa macam tido sekatil sebantal dengan soeb dan sarah..semoga kena bayar saman juta2
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab ni dia saman John Dhani memang patut! Netizen JAHANAM macam ni memang patut kasi ajar!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 06:22 PM | Show all posts
mana ye kaka blastoff. teringat dia dengan teori bumi itu bulat
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 10-8-2023 06:22 PM
mana ye kaka blastoff. teringat dia dengan teori bumi itu bulat

bukan ke petak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:39 PM | Show all posts

yang petak tu teori gigi ada penjarakan kutub utara kutub selatan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko laki bini pun tak percaya covid
Yg arwah tubdah semput2 pun siap ckp covid ni tak de apa demam biasa je media je kecoh
Dah arwah pun baru ko percaya kan
Ko pun elok berjalan je time pkp
Tu abg ipar ko sampai nak mampos dlm icu dok kutuk2 doc
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 215770 Replies : 611
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 40513 Replies : 17
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69902 Replies : 595
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71472 Replies : 2282
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 26214 Replies : 10
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 27737 Replies : 10
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 12336 Replies : 1
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 19007 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.050005 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list