View: 3415|Reply: 9
|
Muna Shahirah Yakin Ada Rezeki Selepas Bergelar Isteri, Tak Menyesal Kahwin Awal
[Copy link]
|
|
Meskipun nama belum mencapai tahap kemuncak, Muna atau Muna Shahirah Munadi, 29, berkata dia sama sekali tidak akan berputus asa mengejar cita-cita biarpun dirinya kini memegang status isteri orang.
"Saya sentiasa yakin bahawa rezeki dan jodoh telah ditetapkan Tuhan dengan sebaiknya. Saya tidak bersetuju jika ada yang kata kita akan dilupakan apabila berkahwin, lebih-lebih lagi nama belum sampai memuncak.
"Saya tidak pernah rasa menyesal berkahwin dan perkahwinan saya bukanlah atas dasar rasa kecewa dengan industri," katanya.
Untuk rekod, Muna melangsungkan perkahwinan dengan Sean Tee Yeu Abdullah, 24, di Mersing, Johor pada 20 Mei lalu.
Selain lagu nyanyian, Muna berkata kandungan yang dihasilkan di media sosial juga menjadi satu tanda seseorang itu diingati peminat.
Dia juga mengambil inspirasi kejayaan pelakon Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular baru-baru ini untuk tidak cepat mengalah.
"Zaman sekarang ini semuanya berkaitan media sosial. Peminat juga lebih suka melihat kisah gaya hidup selain perkembangan kerjaya seseorang artis.
"Melihat kejayaan Bell, rasanya tidak salah tanggapan saya agar tidak berputus asa dan terus bekerja dengan ikhlas," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Muna tampil dengan sebuah lagu genre balada berjudul Sumpah Cinta yang merupakan ciptaan komposer Sharon Paul serta lirik ditulis oleh Que Afiq.
Sekali lagi diberikan lagu bergenre sedemikian, Muna yakin ia adalah pilihan tepat syarikat pengurusan dalam mengatur setiap langkah dalam industri.
Dalam masa sama, dia menyangkal kata-kata sesetengah pihak yang melihat lagu-lagunya sebelum ini gagal mendapat sambutan.
"Kalau lagu-lagu saya gagal, tidak mungkin syarikat pengurusan sanggup keluarkan modal untuk lagu baru. Malah lagu-lagu sebelum ini pun masih dimainkan di radio.
"Saya suka dengan lagu-lagu balada. Mungkin lagu begini sesuai dengan suara, jadi tidak keberatan atau membantah apabila diperdengarkan demo," jelasnya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
who r yussss???? lgsg tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu sheols not bad juga, bolehlah nak masuk telinga iols yg remaja purba ni
|
|
|
|
|
|
|
|
IvyGorgon replied at 10-8-2023 02:15 PM
Lagu sheols not bad juga, bolehlah nak masuk telinga iols yg remaja purba ni
ohooo penyanyi rupanya dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 10-8-2023 02:09 PM
who r yussss???? lgsg tak kenal
aku bukak benang semata mata nak baca ayat ni je |
|
|
|
|
|
|
|
Ya uols, kalau free2 tgk kat utube. Not bad juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Suara dia sedap. Lagu² dia pun sedap. Yg latest ni lagu duet.sedap gak???? |
|
|
|
|
|
|
|
Suara sheols sedap. Kadang radio ada jer lagu sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Yes who r yus??? Umur 29 takde la kawin awal. Tapi laki kau muda sgt dekkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|